Permohonan ex-parte yang diberikan pesuruhjaya kehakiman Atan Mustaffa Yussof Ahmad semalam hanya membenarkan Najib mengeluarkan tidak lebih RM100,000 sebulan daripada akaun banknya untuk perbelanjaan, menurut laporan The Edge.
Perintah tersebut hanya untuk Najib walaupun saman 1MDB tersebut turut menamakan bekas pengarah dan ahli lembaga penasihat yang lain.
Najib Razak Makin Tertekan.. Ini Puncanya
Najib perlu membuat permohonan kepada peguam cara 1MDB jika dia perlu mengeluarkan wang lebih daripada RM100,000 sebulan, seperti yang dinyatakan mahkamah.
Antara sebab 1MDB dan subsidiarinya membuat permohonan tersebut adalah berikutan sabitan terhadap Najib dalam kes rasuah SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Mahkamah menetapkan 21 Februari ini bagi mendengar hujah pihak Najib jika dia memutuskan untuk mengetepikan injunksi itu.
Permohonan Injunksi dibuat oleh 1MDB dan Global Diversified Investment Company Ltd (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investment Ltd atau 1MDBGIL), serta tiga lagi unitnya menerusi firma guaman Messrs Skrine.
Sebelum ini, 1MDB dan bekas subsidiarinya, SRC International Sdn Bhd memfailkan saman RM23 bilion terhadap Najib dan beberapa lagi yang didakwa terlibat dalam skandal kewangan syarikat itu.
Pada Julai 2020, Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabitkan bersalah bagi tujuh pertuduhan jenayah dalam kes membabitkan SRC International Sdn Bhd.
Najib Razak Makin Tertekan.. Ini Puncanya
Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan itu. Kes itu akan didengar di peringkat Mahkamah Persekutuan. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
Asal ada prk atau prn gerenti keluar cerita najib. Kali ini dari mahkamah pula.
ReplyDeleteRakyat dah sedar dan perasan teori konspirasi yg dimainkan oleh musuh najib. Usd681juta bukan sikit dan pemulangan semula telah dilakukan.
Kuasa hakim dan mahkamah serta propaganda legasi kaya utk menumbangkan najib selama ini tidak akan terhenti. Rakyat tak bodoh spt dulu. Yg kleptokrat sehingga kaya mendadak anak-anaknya menuduh org lain kleptokrat. Hebat usaha tersebut...
Apa-apa pun....rakyat tidak bodoh spt selalu. Mereka tidak mungkin sanggup dikencing kali ke2 oleh org yg mendaulatkan kekayaan anak, proksi dan kroni dpd kepentingan rakyat. Rakyat dah faham mainan munafik legasi kaya yg tamak.