Wednesday, 16 February 2022

Majikan Pecat Ribuan Pekerja Tak Ambil Vaksin

Majikan Pecat Ribuan Pekerja Tak Ambil Vaksin | Majikan Pecat Pekerja Anti VaksinNew York City dilaporkan memecat lebih 1,000 pekerja perbandaran yang gagal mematuhi arahan untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Seramai 1,430 orang yang kehilangan pekerjaan itu mewakili kurang satu peratus daripada 370,000 pekerja perbandaran di bandar tersebut.

Malah, jumlah itu lebih rendah berbanding bilangan dianggarkan sebelum tarikh akhir untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 pada Jumaat lalu.

Menurut Pejabat Datuk Bandar, Eric Adam, ratusan pekerja menunjukkan bukti vaksinasi mereka atau sudah menerima vaksin Covid-19 selepas dimaklumkan akan dipecat sekiranya gagal berbuat demikian.

“Pekerja perbandaran berkhidmat sebagai petugas barisan hadapan ketika pandemik, jadi dengan mengambil vaksin, mereka sekali lagi menunjukkan sanggup melakukan perkara betul untuk melindungi diri mereka dan semua penduduk bandar raya ini.

Majikan Pecat Ribuan Pekerja Tak Ambil Vaksin

“Matlamat kami adalah sentiasa mengalakkan mereka mendapatkan vaksin dan bukannya memecat. Pekerja perbandaran sudah memenuhi matlamat tersebut,” kata Adam dalam kenyataan.

Daripada jumlah 1,430 pekerja yang dipecat, kira-kira 64 peratus bekerja di jabatan pendidikan bandar itu. 

Pada akhir bulan lalu, New York City menghantar notis kepada lebih 4,000 pekerja yang mewajibkan semua menunjukkan bukti sudah mendapat sekurang-kurangnya dua dos vaksin atau bakal kehilangan pekerjaan. - mk




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan