Wednesday, 9 February 2022

KKM Sembunyi Kesan Teruk Vaksin?

KKM Sembunyi Kesan Teruk Vaksin? | Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menyangkal dakwaan bahawa data mengenai kesan sampingan vaksinasi Covid-19 dimanipulasi untuk menutup situasi sebenar daripada orang ramai.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata, perkara sebegitu tidak mungkin berlaku kerana setiap kesan advers susulan imunisasi (AEFI) akan melalui hospital dan data berkenaan direkod dalam laporan rasmi.

“Macam mana kita nak sembunyikan? Dah masuk hospital, data hospital tu capture (direkod) dan dilapor KKM.

“Tiada perkara seperti sembunyikan kesan sampingan vaksin dan sebagainya.

"Kami tak create (cipta) data yang tak ada. Data yang kita lapor adalah data dari hospital," katanya kepada pemberita dalam sesi libat urus KKM dengan media petang tadi.

KKM Sembunyi Kesan Teruk Vaksin?

Hishamshah menjawab permintaan agar KKM menangani kebimbangan orang ramai mengenai dos penggalak vaksin Covid-19, berikutan khabar angin bahawa ramai individu yang mengalami AEFI termasuk kesan yang serius.

KKM mengeluarkan data AEFI kepada orang ramai dari semasa ke semasa, namun kementerian itu didakwa memanipulasi maklumat untuk menberikan gambaran yang tidak benar.

Hishamshah menegaskan, KKM juga terikat dengan undang-undang untuk melaporkan setiap kes kesan sampingan ubat, termasuk vaksin dan produk perubatan berdaftar lain.

Setakat 31 Januari, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menerima sejumlah 23,011 laporan kes AEFI yang tidak serius melibatkan tiga vaksin utama - Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca - yang digunakan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Angka itu termasuk laporan daripada insiden yang berlaku selepas dos utama dan dos penggalak.

Bagi kes AEFI yang serius, NPRA menerima sejumlah 1,729 laporan pada tarikh yang sama.

Bagaimanapun, menurut Pengarah NPRA, Dr Roshayati Mohamad Sani, hanya lapan peratus daripada kes AEFI serius yang dilaporkan didapati mempunyai kaitan langsung dengan vaksin Covid-19.

Meskipun ada penerima vaksin yang meninggal dunia tidak lama selepas menerima suntikan mereka, setakat ini tiada yang didapati mempunyai kaitan secara langsung dengan vaksinasi.

KKM Sembunyi Kesan Teruk Vaksin?

Siasatan terperinci

Dalam sesi berkenaan, Roshayati turut menghuraikan proses untuk menentukan sama ada kesan sampingan berpunca daripada vaksinasi atau sebaliknya.

Katanya, apabila fasiliti perubatan menerima kes AEFI, mereka akan menjalankan siasatan terlebih dahulu.

"Apabila selesai akan hantar pada kami untuk kami menilai. Di sini, kami pakar-pakar farmakovigilan khas, kardiologi dan sebagainya akan bersidang, bentang secara terpeinci dapatan dari pakar fasiliti, dan nilai sama ada ada hubungkait atau tidak.

"Kemudian (kami) akan guna algoritma standard yang kita ikuti, yang disaran WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) untuk tentukan hubung kait, sama ada vaksin terbabit boleh sebabkan kesan sampingan atau tidak," katanya.

Antara maklumat yang diteliti termasuk data klinikal yang disediakan oleh pihak hospital, sejarah perubatan pesakit, hasil analisis sampel darah, X-Ray dan laporan bedah siasat sekiranya melibatkan kematian.

Menurut Hishamshah, pihak hospital menerima kes di mana penerima vaksin mengalami komplikasi daripada keadaan kesihatan sedia ada tetapi kemudiannya menyalahkan vaksinasi.

KKM Sembunyi Kesan Teruk Vaksin?

“Ada kisah tular dalam media sosial, canang dia dapat bisul selepas disuntik, tetapi apabila kita periksa balik, rupa-rupanya memang pun ada sejarah bisul sejak dulu lagi,” katanya. -  mk




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan