Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Izham Hashim berkata pelbagai kaedah untuk membantu pengeluar telur ayam sedang diusahakan termasuk aspek sewaan tapak dan makanan ternakan dalam memastikan harga telur ayam dapat diturunkan.
“Insya-Allah minggu ini harga telur ayam mengikut gred akan selesai ditetapkan sebelum dipasarkan dalam Program Intervensi Harga Makanan Ehsan bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)”, katanya pada pemberita selepas Majlis Anugerah Ikon Agro Selangor 2021 di Shah Alam, malam tadi.
Kerajaan Negeri Selangor Buat Kejutan
Dalam pada itu Izham berkata pihaknya juga mula menambah bekalan ikan dan daging lembu untuk dipasarkan di bawah harga siling di dua outlet PKPS iaitu Pasar Borong Selangor dan Wisma PKPS.
Katanya, insentif itu akan diperluas ke seluruh negeri luar daripada outlet PKPS selepas ini supaya lebih ramai rakyat mendapat manfaat harga yang rendah menerusi program tersebut.
Pada Sabtu lepas, kerajaan Selangor melalui PKPS mula melaksanakan Program Intervensi Harga Makanan Ehsan, dengan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM8 sekilogram sebagai usaha menangani lonjakan harga barang makanan ketika ini. - bernama
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..