Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata hal itu dibuat selepas kedua-dua parti mengadakan tiga pertemuan dan rundingan sebelum ini, selaras dengan hasrat yang dinyatakan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dan PH Johor.
Dalam siri rundingan tersebut, katanya, kedua-dua pihak telah memberikan pandangan mereka secara jujur dan terbuka.
Bagaimanapun ahli parlimen Ledang itu tidak menamakan kerusi yang dimaksudkannya.
Pengumuman berkenaan menyusul beberapa jam selepas dua lagi parti PH - Amanah dan DAP - mengumumkan hasil rundingan mereka dengan parti yang baru ditubuhkan itu petang tadi.
Impian Khemah Besar Makin Tercapai Di PRN Johor
Secara keseluruhan Muda diberikan enam kerusi, masing-masing empat daripada Amanah dan bakinya DAP.
Kerusi yang dipersetujui ialah Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai. Kesemua kerusi berkenaan ditandingi oleh Bersatu pada 2018.
Ketika itu Bersatu menjadi sebahagian daripada PH sebelum mereka berpaling tadah dengan bekerjasama dengan Umno dan Bersatu untuk menjatuhkan kerajaan PH di luar proses pilihan raya.
Jika tawaran itu diterima, secara keseluruhan PKR akan meletakkan calonnya di 17 kerusi, diikuti Amanah 16 kerusi, DAP 14 dan Muda sembilan.
‘Rundingan dengan PKR belum muktamad’
Sementara itu, Muda dalam satu kenyataan berkata rundingan antara parti itu dan PKR masih belum dimuktamadkan.
Impian Khemah Besar Makin Tercapai Di PRN Johor
"Muda telah mencadangkan untuk bertanding di tiga kerusi. Ketiga-tiga kerusi ini bukan kerusi yang telah dimenangi atau ditandingi oleh PKR pada PRU yang lepas.
"Muda menghormati hak rakan-rakan PKR untuk mempertahankan kerusi sedia ada. Namun begitu, PKR belum lagi memberikan kata putus berkenaan tiga kerusi tersebut," katanya.
Muda berkata, parti itu percaya bahawa atas semangat kebersamaan dan demi rakyat Johor, satu rundingan yang telus dan jujur perlu dibuat.
"Muda juga mencadangkan agar setiap intipati rundingan diselesaikan bersama secara sulit sebelum diumumkan ke pihak media atas semangat ketelusan bersama," katanya. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..