Ini selepas Hishamuddin, Presiden MIC, SA Vigneswaran dan penyandang menteri besar Johor, Hasni Mohamed dikenakan kompaun kerana melanggar SOP ketika majlis pelancaran briged MIC di Johor pada 13 Feb lalu.
Hishammuddin baru-baru ini disahkan positif wabak berkenaan.
“Walaupun saya berharap YB Hishammuddin cepat sembuh daripada Covid-19, saya ingin tahu sama ada ketiga-tiga mereka termasuk penyandang Menteri Besar Johor, Hasni Mohamed telah membayar kompaun mereka.
"Jika tidak, mengapa lewat?" tanya Lim dalam kenyataan.
Pada 13 Feb lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengarahkan kompaun dikeluarkan terhadap pemimpin berkenaan.
Hishamuddin Hussein Dah Bayar Kompoun?
"Saya ingin tahu berapa ramai menteri kabinet Ismail Sabri dan timbalannya mengalami perangai hipokrit "Buat seperti yang saya kata, bukan seperti yang saya lakukan" apabila ia berkaitan dengan pematuhan SOP.
“Berapa ramai daripada mereka yang sebenarnya telah dikompaun kerana melanggar SOP?
“Kegagalan mereka bukan sahaja mendapat kritikan daripada orang ramai, malah mempersendakan SOP yang ditetapkan kerajaan,” kata Lim.
Sementara itu Lim turut menegur Ismail Sabri selepas perdana menteri itu mengatakan Hishammuddin tidak perlu meletakkan jawatan kerana kesalahan yang dilakukannya bukan jenayah.
"Saya benar-benar terkejut dengan sikap perdana menteri yang mementingkan diri sendiri, kerana pelanggaran SOP oleh salah seorang menteri kanannya tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan keselamatan rakyat di majlis pelancaran briged MIC Johor di Iskandar Puteri, Johor pada 13 Feb yang penuh sesak," kata Lim. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
Hotels near Harrah's Casino And Rincon - Mapyro
ReplyDeleteGet 성남 출장안마 directions, reviews and information for 군포 출장마사지 Hotels near Harrah's Casino 제천 출장안마 And Rincon in Rincon. 1 Casino Parkway (Rincon), 오산 출장샵 CA 92082. (760) 포항 출장안마 786-7746.