Monday, 24 January 2022

Zahid Hamidi Diarah Bela Diri Keatas 47 Pertuduhan Jenayah Pecah Amanah

Zahid Hamidi Diarah Bela Diri Keatas 47 Pertuduhan Jenayah Pecah Amanah | Ahmad Zahid Hamidi perlu membela diri dalam 47 pertuduhan jenayah pecah amanah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dana berpuluh juta ringgit daripada Yayasan Akalbudi.

Bekas timbalan perdana menteri itu diperintahkan berbuat demikian oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah menunjukkan terdapat kes prima facie (tertuduh perlu menjawab) terhadap bekas menteri dalam negeri itu, melibatkan 12 pertuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah, dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.

Hari ini ditetapkan untuk keputusan pada akhir kes pendakwaan, yang menyaksikan 99 saksi memberi keterangan dalam perbicaraan yang pertama kali bermula pada 18 Nov 2019.

Zahid Hamidi Diarah Bela Diri Keatas 47 Pertuduhan Jenayah Pecah Amanah

Susulan keputusan itu, peguam bela Hamidi Mohd Noh memaklumkan mahkamah bahawa Zahid telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah daripada kandang saksi bagi peringkat pembelaan perbicaraan.

Ini selepas mahkamah memberi tertuduh tiga pilihan untuk bertindak balas terhadap perintah membela diri: pertama ialah memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi; kedua, untuk memberi kenyataan tidak bersumpah daripada kandang tertuduh; dan ketiga untuk berdiam diri.

Pilihan pertama akan membuka tertuduh untuk disoal balas daripada pihak pendakwaan berhubung keterangan lisannya.

Pada prosiding mahkamah terbuka pagi tadi, Sequerah memerintahkan Zahid membela diri terhadap 12 pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan; lapan pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009; dan 27 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUA).

Hakim bicara juga menolak hujahan pembelaan sebelum ini bahawa Zahid berhak mendapat imuniti daripada pendakwaan kerana telah mendedahkan kepada pihak berkuasa maklumat mengenai yayasan kendalian keluarganya, Yayasan Akalbudi.

"Berkenaan dengan hujah imuniti, selepas mempertimbangkan hujahan daripada kedua-dua pihak, saya mendapati tiada merit dalam pertikaian bahawa tertuduh berhak mendapat imuniti ke atas pertuduhan berkaitan," kata Sequerah.

Menjelang akhir prosiding hari ini, peguam bela Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan mahkamah bahawa Zahid akan menjadi saksi pembelaan pertama yang mengambil alih kandang saksi.

Peguam itu juga memohon mahkamah mengosongkan hari perbicaraan peringkat pembelaan yang ditetapkan sebelum ini pada 28 hingga 30 Mac dan 11 hingga 13 April, dan hanya meneruskan perbicaraan pada 26 April.

Hisyam berkata ini kerana pasukan pembelaan memerlukan masa untuk menemu bual 37 bakal saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan, sebelum mereka boleh memutuskan saksi mana yang akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi pembelaan Zahid.

Peguam itu menambah bahawa pada masa ini, mereka secara tentatif akan memanggil 20 daripada saksi tersebut.

Sequerah kemudian membenarkan permohonan mengosongkan beberapa tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini, dan bagi peringkat perbicaraan pembelaan disambung semula pada 26 April.

Peringkat pembelaan perbicaraan rasuah Zahid ditetapkan dari 26 hingga 28 April; 23 hingga 26 Mei; 27 hingga 30 Jun; 4 hingga 7 Julai; 22 dan 23 Ogos serta 29 dan 30; 19 hingga 22 Sept serta 26 hingga 29; 17 hingga 20 Okt serta 31; dan 1 hingga 3 Nov serta 7 hingga 10.

Ketika ditemui media selepas prosiding hari ini, Zahid berkata beliau akan akur dengan keputusan mahkamah.

“Apabila peringkat perbicaraan pembelaan bermula, pasukan peguam saya akan menjalankan tugas mereka mengikut prosedur yang ditetapkan oleh mahkamah,” kata presiden Umno itu semasa sidang media ringkas di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta hari ini.

Zahid Hamidi Diarah Bela Diri Keatas 47 Pertuduhan Jenayah Pecah Amanah

Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran mengetuai pasukan pendakwaan.

Bagi pertuduhan CBT, Zahid didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi penggunaan kad kredit peribadinya, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadinya, kiriman wang kepada firma guaman dan sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di cawangan Affin Bank Berhad di Jalan Bunus di luar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, antara 13 Jan 2014 dan 23 Dis 2016.

Di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, kesalahan CBT boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, serta sebat dan denda.

Berhubung dengan lapan pertuduhan rasuah, Zahid dikatakan telah menerima rasuah daripada tiga firma - Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Bhd dan Profound Radiance Sdn Bhd - sebagai dorongan untuknya, dalam kapasitinya sebagai menteri dalam negeri, untuk membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport, dan masing-masing dilantik sebagai pengendali pusat sehenti visa migran di Pakistan dan Nepal.

Di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009, kesalahan itu didakwa dilakukan di cawangan Maybank di Dataran Maybank, di Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur, antara 15 Julai 2016 dan 15 Mac 2018.

Berhubung 27 pertuduhan pengubahan wang haram, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa terlibat dalam transaksi langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram, antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Kesalahan didakwa dilakukan di Malayan Banking Berhad, Dataran Maybank branch, Level 1, Tower A, No 1 Jalan Maarof, Bangsar dan Marhaba Enterprise Sdn Bhd, LG 1.15, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, antara 29 Mac 2016 , dan 11 April 2018.

Semasa perbicaraan peringkat pendakwaan yang bermula pada 18 Nov 2019, 99 saksi dipanggil untuk memberi keterangan - termasuk bekas pegawai khas Zahid Wan Ahmad Wan Omar serta bekas setiausaha eksekutif tertuduh Mejar Mazlina Mazlan@Ramly.

Zahid Hamidi Diarah Bela Diri Keatas 47 Pertuduhan Jenayah Pecah Amanah

Saksi terkenal lain yang mengambil pendirian untuk pendakwaan ialah B Muralidharan, rakan kongsi firma guaman Lewis & Co, dan pengurup wang Omar Ali Abdullah.

Zahid juga mempunyai perbicaraan rasuah berasingan yang sedang berjalan di hadapan Mahkamah Tinggi Shah Alam membabitkan 40 pertuduhan yang dikaitkan dengan sistem visa luar negara (VLN). - mk


BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan