Mengulas berkenaan isu tersebut, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali ketika ditemui pada sidang akhbar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berkata, pihaknya percaya pertukaran itu berlaku atas sebab tertentu.
Ketika ditanya mengenai reaksi Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Adly Zahari yang berpendapat, tindakan itu sepatutnya dilaksanakan melalui proses yang betul, Sulaiman memberitahu, pertukaran 24 jam adalah perkara biasa.
Punca SUK Melaka Ditukarkan 24 Jam?
“Ini (pertukaran 24 jam) adalah proses biasa berlaku dalam mana-mana jabatan kerajaan, walaupun jika pertukaran itu tidak dimaklumkan lebih awal.
“Suka hati awak nak dakwa apa pun (notis 24 jam), cakap orang kita tak tahu apa sebenarnya. Mungkin di zaman dia (Adly) tak berlaku, zaman saya mungkin berlaku,” jelasnya.
Kamel yang sebelum ini memegang jawatan SUK sejak Ogos 2021 didakwa menerima notis pertukaran tersebut pada Selasa lalu dan menjadi kontroversi berikutan proses itu dilakukan dalam tempoh 24 jam.
Dalam pada itu, Sulaiman bagaimanapun mengakui, beliau telah mengetahui lebih awal mengenai perkara tersebut.
“Saya tidak tahu apa yang diketahui oleh orang lain (Adly), dan nak dakwa apa tetapi saya tahu (mungkin) sebulan tiga bulan lebih awal. Dan itu perkara biasa mengenai perpindahan dalaman jabatan.
“Ada kemelut ke selama ini? Saya tak tahu, itu perkara biasa pertukaran macam saya cakap Federal (Kerajaan Persekutuan) perlukan dia,” katanya.
Punca SUK Melaka Ditukarkan 24 Jam?
Semalam, bekas Pegawai Kewangan negeri, Datuk Zaidi Johari dilantik sebagai SUK yang baharu menggantikan Kamel berkuat kuasa serta-merta.
Beliau mengangkat sumpah jawatan dan simpan rahsia di hadapan Sulaiman dan barisan Ahli MMKN (Exco) di Bilik Mesyuarat MMKN, Seri Negeri, Ayer Keroh di sini. - utusan
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..