Monday, 17 January 2022

Punca Khairuddin Aman Razali Dipecat Daripada AJK PAS Pusat Tersebar?

Punca Khairuddin Aman Razali Dipecat Daripada AJK PAS Pusat Tersebar? | Salah seorang ulama terkenal PAS, Khairuddin Aman Razali, terus berteka-teki berhubung punca dia dipecat daripada jawatannya sebagai anggota Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

Ia berlaku sehari selepas Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkali-kali menegaskan pemecatan itu tidak ada kena-mengena dengan isu Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN).

Bahkan Takiyuddin mencabar sesiapa saja untuk membuat dakwaan sebegitu dan mereka berdepan dengan tindakan undang-undang daripada PAS.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini Khairuddin enggan memberikan sebarang komen apabila ditanya mengenai alasan dia digugurkan daripada badan penting PAS itu.

Sebaliknya bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi itu menghantar kenyataan bertulis Majlis Majlis Syura Ulama (MSU) PAS yang merujuk kepada penegasan mereka berhubung kepentingan memperkasakan MN dan PN.

Punca Khairuddin Aman Razali Dipecat Daripada AJK PAS Pusat Tersebar?

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, dalam kenyataan bertarikh 30 Dis 2021 itu berkata langkah tersebut perlu sebagai usaha menyatukan kuasa politik umat Islam demi maslahah terbaik buat Islam dan negara.

Untuk rekod sebelum ini sesetengah pihak menjangkakan Khairuddin diketepikan daripada AJK PAS Pusat kerana pendiriannya yang lebih cenderung kepada MN berbanding PN.

Malah ahli parlimen Kuala Nerus itu juga banyak bercakap mengenai perpaduan Melayu Islam dalam kenyataannya sebelum ini.

Selain itu nama bekas setiausaha kerja Dewan Ulama PAS Pusat itu turut dikaitkan dengan rakaman audio didakwa suaranya yang menyatakan rasa kurang senang terhadap kepemimpinan Ahli Parlimen Marang Abdul Hadi Awang.

Untuk rekod Khairuddin kalah dalam pemilihan PAS yang diadakan di Kuala Terengganu pada 7 Dis tahun lalu. Turut gagal mempertahankan jawatan ialah Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Punca Khairuddin Aman Razali Dipecat Daripada AJK PAS Pusat Tersebar?

Bagaimanapun PAS melantik kedua-dua mereka menyertai jawatankuasa pusat.

Takiyuddin ketika ditanya mengapa Khairuddin digugurkan semalam berkata, alasannya adalah sama seperti apa yang dinyatakan Abdul Hadi selau Presiden PAS pada 14 Jan lalu.

Semasa ditemui media selepas menyampaikan kuliah mingguannya Abdul Hadi berkata: "Perkara itu diuruskan oleh setiausaha agung parti. Bagaimanapun, mesti ada alasan-alasan yang dikemukakan parti. Siapa yang tak ikut disiplin dia boleh dinasihatkan dan boleh ditukar jawatan dia, ditugaskan ke (posisi) lain dan diganttung keahlian atau pun dipecat. Itu tertakluk kepada parti."  -mk




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan