Wednesday, 26 January 2022

Petanda Hubungan PAS - Umno Dah Sampai Ke Penghujung

Petanda Hubungan PAS - Umno Dah Sampai Ke Penghujung | Seorang ulama kanan PAS menyifatkan Umno kini kelihatan sangat ghairah untuk kembali berkuasa secara bersendirian di sebalik hubungan yang dijalin mereka dalam Muafakat Nasional dulu.

Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Mohktar Senik, berkata keghairahan itu semakin memuncak selepas Umno berjaya menukar perdana menteri - daripada Muhyiddin Yassin kepada Ismail Sabri Yaakob - dan kemenangan besar mereka dalam pilihan raya negeri (PRN) di Melaka pada Nov tahun lalu.

Kini, katanya, digerakkan pula cubaan Umno untuk menguasai Johor dengan mengetepikan PAS.

"Suara Umno Kelantan dan Johor menolak kerjasama dengan PAS mula bergema. Sebelum ini gema tersebut disuarakan oleh Umno Terengganu.

"Kelihatan yang masih agak sayang kepada Muafakat Nasional (MN) hanya Umno Selangor, Perlis dan Pahang. Negeri lain saya tidak pasti," katanya.

Petanda Hubungan PAS - Umno Dah Sampai Ke Penghujung

Tambah bekas calon PAS untuk kerusi parlimen Padang Besar pada 2018 itu menambah Umno kembali menunjukkan sikap lama parti berkenaan.

Pada masa sama kata Mokhtar mendakwa Umno bagaikan kacang lupakan kulit apabila mengabaikan hakikat kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil sebelum ini adalah hasil sokongan PAS.

"Umno sudah semacam kembali dirasuk sifat asal mereka iaitu tamakkan kuasa dan rakuskan kerusi.

"Umno sudah lupa sama sekali dengan kemenangan-kemenangan yang mereka perolehi dalam pilihan raya kecil sebelum ini hasil bantuan dan pertolongan PAS.

"Namun kelihatannya tiada pawang lagi yang mampu merawat Umno selain sebuah kekalahan," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Sihat sebelum rawatan selesai

Mengulas lanjut perkembangan politik menjelang PRN Johor, Mokhtar berkata, Umno, PAS dan Bersatu perlu berbincang dengan baik jika benar-benar ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negara.

"Jangan ada siapa nak jadi 'abang long' kepada siapa kerana gabungan ketiga-tiga parti gergasi orang Melayu ini sudah cukup untuk menyekat PH kembali berkuasa.

"Saya sebut jangan ada siapa yang nak jadi abang long kepada siapa itu dengan maksud jangan ada mana-mana parti terasa mahu mendominasi gabungan.

"Daripada pengamatan saya, jika mana-mana parti berasa dia lebih besar berbanding parti-parti lain dalam gabungan, maka gabungan itu akan pecah," katanya.

Petanda Hubungan PAS - Umno Dah Sampai Ke Penghujung

Bagaimanapun Mokhtar tidak memberikan sebarang bayangan mengenai siapa - jika ada - yang sesuai memikul tugas sebagai 'abang long' itu.

Tambahnya lagi, tidak salah jika Umno diberikan lebih kerusi untuk ditandingi berbanding PAS dan Bersatu kerana hakikatnya keanggotaan mereka lebih ramai.

Namun, ujarnya, lebihan kerusi itu jangan sampai Umno mampu membentuk kerajaan sendiri tanpa PAS dan Bersatu.

"Pada saya Umno boleh dipapah dan dibantu untuk kuat tetapi tidak boleh dirawat sehingga menjadi terlalu kuat, kerana apabila berasa terlalu kuat Umno akan mula lupa dan hilang keinsafannya.

"Apa yang saya bayangkan itu ternyata benar. Itulah yg sedang berlaku kepada Umno sekarang. Umno dah rasa terlalu sihat sebelum rawatan selesai. Umno dah rasa sangat kuat," kata Mokhtar. - mk




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan