Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Abdul Khalim Abu Samah ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.
Menurutnya, Kelantan menjadi antara negeri yang terlewat memperkenalkan cukai tersebut berbanding negeri-negeri lain.
"Berbanding dengan negeri-negeri lain Kelantan agak terlewat memperkenalkan cukai ini," katanya.
Mesyuarat jawatankuasa kecil perhutanan Kelantan pada 25 Oktober tahun lalu meluluskan cadangan pelaksanaan pembayaran cukai kayu getah dan tanah berimilik berkuat kuasa 1 Mac depan.
Kelantan Kutip Cukai Kayu Getah Mulai 1 Mac 2022
Pelaksanaan kutipan cukai itu dibuat mengikut porsedur pengeluaran lesen pemindah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.
Difahamkan susulan pelaksanaan kutipan cukai berkenaan, semua aktiviti pengeluaran kayu getah dari mana-mana tanah milik perlu dilesenkan dan cukai hanya akan dikenakan bagi mana-mana tanah milik dengan keluasan tertentu. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..