Thursday, 20 January 2022

Dr. Kamilin Jamilin Tegur Najib Razak

Dr. Kamilin Jamilin Tegur Najib Razak | Seorang daripada anggota Jawatankuasa Fatwa Perlis hari ini mengingatkan orang ramai mengenai perlunya seseorang Muslim mengehadkan dirinya dalam pembabitan sambutan agama lain.

Menurut Kamilin Jamilin seseorang Muslim tidak seharusnya menyambut perayaan agama bukan Islam atau melakukan sebarang upacara yang kelihatan seperti meraikan hari simbolik agama lain.

"Allah SWT melarang umat Islam berkompromi dan terlibat dengan sebarang bentuk peribadatan dan ritual agama lain berdasarkan surah al-Kafirun yang kebanyakan kita menghafalnya," katanya.

Dia yang juga penasihat akademik Akademi al-Khayr memuat naik kenyataan tersebut ketika sesetengah pihak mempertikaikan kehadiran Ahli Parlimen Pekan Najib Razak ke Batu Caves sempena sambutan Thaipusam semalam.

Rakaman kunjungan bekas perdana menteri itu turut tular di media sosial.

Dr. Kamilin Jamilin Tegur Najib Razak 

Kata Kamilin Islam melarang seseorang Muslim berkunjung ke rumah ibadat agama lain pada hari perayaan mereka walaupun atas alasan untuk perpaduan.

"Begitu juga tidak seharusnya seorang Muslim menggayakan diri atau berkelakuan dengan sesuatu yang menyerupai agama lain dalam hal yang menjadi syiar atau pengkhususan atau tradisi keagamaan mereka," katanya.

Agar tak keliru

Tambah Kamilin ada banyak cara atau aktiviti lain yang boleh dilakukan seseorang Muslim untuk memupuk perpaduan atau mempamerkan keharmonian sesama rakyat.

Sebagai contoh, katanya, ia boleh dibuat melalui sifat ihsan, pelaksanaan keadilan dan tidak menzalimi antara satu sama lain.

"Pemimpin Muslim dan umat Islam perlu peka dengan hal ini," katanya.


Sementara itu anggota Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah, Faiz Fadzil, meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad menjelaskan hukum Najib berkunjung ke Kuil Sri Subramaniar semalam.

Katanya Thaipusam dianggap perayaan keagamaan untuk agama Hindu, bukannya sambutan kebudayaan kaum India.

Dr. Kamilin Jamilin Tegur Najib Razak 

"Bagi umat Islam, kita memang menghormati amalan setiap agama, tetapi adakah kehadiran Najib sebagai seorang Muslim ke perayaan Thaipusam tersebut menyalahi hukum syarak?" katanya.

Sebagai menteri agama, kata Faiz, naib presiden PAS itu mempunyai autoriti untuk menjelaskan tanda tanya itu kerana sebelum ini Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah menegah kunjungan ke rumah ibadat bukan Islam semasa perayaan agama.

"Perkara ini penting untuk dijelaskan oleh menteri agama supaya masyarakat Islam di negara ini tidak keliru," katanya. - mk


Baca selanjutnya post FB Dr. Kamilin Jamilin di SINI.




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan