Tuesday, 9 November 2021

Punca Pakatan Harapan Melaka Terima Bekas 2 Adun Umno

Punca Pakatan Harapan Melaka Terima Bekas 2 Adun Umno | Tidak mudah untuk Pakatan Harapan (PH) menerima kemasukan dua bekas Adun Umno menyertai gabungan berkenaan namun menganggap ia sebagai langkah yang perlu diambil.

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata kedua-dua bekas Adun terbabit - Idris Haron dan Nor Azman Hassan - sudah terpisah daripada Umno dengan langkah mereka menarik balik sokongan kepada ketua menteri Sulaiman Md Ali baru-baru ini.

Kata Adly kesukaran yang seperti itu juga pernah dialami PH ketika mereka mahu menerima bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum PRU ke-14 lalu.

"Memanglah, kalau kita lihat orang baru, kalau mereka datang dari latar belakang Umno bukan benda mudah untuk diterima," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini kelmarin.

Punca Pakatan Harapan Melaka Terima Bekas 2 Adun Umno 

Idris dan Nor Azman merupakan dua daripada empat Adun yang bertindak meninggalkan kerajaan BN-Perikatan Nasional (PN) pada awal Okt lalu yang menyaksikan Sulaiman kehilangan sokongan majoriti di DUN Melaka.

Bagaimanapun tidak seperti pertukaran kerajaan negeri daripada PH kepada BN-PN pada 2 Mac 2020, Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusof mengumumkan DUN Melaka dibubarkan pada 4 Okt dan ia membawa kepada PRN Melaka.

Ia berlaku ketika PH mendakwa mereka mendapat sokongan majoriti.

Idris merupakan ketua menteri Melaka sehinggalah BN dikalahkan PH di peringkat pusat dan hampir semua negeri pada 2018. Tempatnya digantikan Adly.

Dalam PRN Melaka Idris diletakkan sebagai calon PKR manakala Nor Azman mewakili Amanah bagi pihak PH.

Kata Adly jika bekas pemimpin Umno itu boleh menerima dasar yang diperjuangkan PH dan bersetuju membawa agenda berkenaan, mereka wajar diterima dan membawa gabungan berkenaan bergerak lebih jauh dalam PRN Melaka.

Kata Adly kedua-dua bekas Adun BN itu tidak boleh dinafikan memiliki pengalaman yang banyak dan PH boleh memanfaatkan kelebihan berkenaan untuk mentadbir Melaka.

"Bagi saya, apa yang paling penting ialah bagaimana pakatan itu dibentuk dan dasar-dasar PH itu boleh mereka terima.

"Justeru kalau kita mahu melangkahg ke hadapan, bagi saya yang paling penting ialah muafakat, bukan individu," katanya.

Punca Pakatan Harapan Melaka Terima Bekas 2 Adun Umno 

Menurut Adly lagi hal itu jugalah yang menjadi pertimbangan kepada PH semasa memilih semua 28 calon untuk PRN kali ini iaitu mengambil kira pelbagai latar belakang mereka untuk mentadbir negeri.

Sementara itu mengenai kekecewaan parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) gagal mendapat kerusi dalam PRN ini, Adly berkata, ia mungkin disebabkan faktor kekangan masa.

Pada masa sama katanya PH sendiri mempunyai calon daripada kalangan orang muda.

"Kalau kita lihat PH, ada hampir lima orang antara calon muda, malah ada yang seawal 21 tahun," katanya. - mk




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan