Thursday, 11 November 2021

Pakatan Harapan Cadang Persempadanan Semula

Pakatan Harapan Cadang Persempadanan Semula | Pakatan Harapan (PH) Johor mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk membawa usul persempadanan semula pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), bulan ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, perkara itu perlu dilakukan ekoran pertambahan jumlah pengundi yang meningkat kepada kira-kira 200,000 orang di sesetengah kawasan DUN dan Parlimen.

Katanya, perkara itu akan berlaku apabila Undi 18 akan dikuatkuasakan pada Januari tahun depan.

“Apabila Undi 18 dilaksanakan, ia akan mencatatkan peningkatan mendadak sehingga angka lebih 200,000 pengundi di beberapa kawasan seperti di Tebrau, Pasir Gudang, Iskandar Puteri serta daerah lain seperti di Kluang dan Kulai.

“Jadi, kena pecah dua menjadi dua Parlimen serta pertambahan DUN. Pelaksanaan perkara ini bagi memberi kemudahan kepada wakil rakyat untuk ambil perhatian dan menjaga kebajikan rakyat.

Pakatan Harapan Cadang Persempadanan Semula

“Oleh itu, kita cadangkan supaya kerajaan negeri membawa usul itu ke sidang DUN untuk pinda persempadanan dan semua wakil rakyat PH akan menyokong usul tersebut,” katanya di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Stulang, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng.

Aminolhuda berkata, pertambahan pengundi itu yang mencatatkan peningkatan mendadak melebihi yang sepatutnya iaitu kira-kira 120,000 pengundi di kawasan Parlimen. 

ADUN Parit Yaani itu turut menjangkakan persempadanan semula bagi kawasan Parlimen mungkin tidak sempat dilaksanakan namun bagi DUN pula mungkin berbeza.

Pakatan Harapan Cadang Persempadanan Semula

“Jika perkara itu disuarakan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Kerajaan Persekutuan melihat perkara itu sebagai keperluan, ia boleh diterima.

“Jika di peringkat Parlimen tak lulus manakala di peringkat negeri lulus, mungkin boleh beri satu kawasan Parlimen ada empat DUN, tak ada masalah. Seperti di Melaka, satu kawasan Parlimen mempunyai lima DUN,” jelasnya. - utusan






BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan