Wednesday, 10 November 2021

Iltizam Calon Termuda Pakatan Harapan

Iltizam Calon Termuda Pakatan Harapan | MELAKA: Usaha meningkatkan capaian internet di seluruh Melaka menjadi antara perkara yang akan diketengahkan calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Farzana Hayani Nasir.

Ketua Srikandi PKR Melaka itu berkata, keluasan jalur lebar sangat memberi impak dalam kehidupan masyarakat, antaranya memudahkan pendidikan dan menggalakkan orang ramai menceburi bidang keusahawanan secara dalam talian.

Beliau menegaskan, sebagai pelajar yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), dirinya sendiri berasa peritnya gangguan internet semasa belajar, impak semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sejujurnya saya tidak pernah terfikir akan dipilih menjadi calon untuk bertanding, namun telah sangat-sangat ready (bersedia) untuk membantu rakyat dan masyarakat di negeri Melaka.

“Sebagai mahasiswa saya sangat pentingkan rangkaian internet kerana pengalaman sebagai pelajar di rumah, ia sangat penting untuk keluarga yang mempunyai anak-anak bersekolah terutama di kawasan Sungai Rambai,” katanya ketika diwawancara secara dalam talian oleh sebuah agensi media.

Iltizam Calon Termuda Pakatan Harapan

Farzana Hayani, 21, merupakan calon termuda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan kini masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Sungai Rambai menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan PH, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Farzana Hayani akan ditentang Siti Faizah Abdul Azis (BN), Muhammad Jefri Safry (PN) dan Nazatul Asyraf Md. Dom (Putra). - utusan



BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan