Wednesday, 6 October 2021

PH Mahu Cabar Keabsahan Kerajaan Sementara Melakka Di Mahkamah

PH Mahu Cabar Keabsahan Kerajaan Sementara Melaka Di Mahkamah | PH Mahu Cabar Keabsahan Kerajaan Sementara Melakka Di Mahkamah | Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan saluran mahkamah untuk menentukan keabsahan kerajaan sementara negeri Melaka di bawah kepemimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali (gambar, judul).

Kata Pengerusi PH Melaka Adly Zahari, PH Melaka tidak bersetuju untuk Sulaiman Md Ali mengetuai kerajaan sementara selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar hari ini, kerana Sulaiman telah hilang kepercayaan sebahagian besar Adun.

“PH Melaka berpandangan adalah tidak wajar untuk beliau (Sulaiman) dibenarkan menjadi ketua menteri caretaker government.

“Ini selaras dengan apa yang berlaku (precedent case) pada 2 Mac 2020, di mana tugas pentadbiran kerajaan negeri dipertanggungjawabkan kepada setiausaha kerajaan negeri sehingga ketua menteri baharu dilantik.

PH Mahu Cabar Keabsahan Kerajaan Sementara Melaka Di Mahkamah

“PH negeri Melaka akan merujuk kepada mahkamah bagi memastikan keabsahan caretaker government sepertimana yang diumumkan oleh Speaker DUN Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adly (gambar, atas) merujuk tumbangnya kerajaan PH di Melaka Mac tahun lalu - juga kerana penarikan sokongan empat Adun - menyebabkannya hilang majoriti, sehingga memaksa Adly yang merupakan ketua menteri ketika itu untuk meletak jawatan.

DUN Melaka terbubar hari ini, selepas empat Adun - dua dari Umno, seorang dari Bersatu dan seorang bebas - mengumumkan menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri BN-PN di Melaka dan mahu membentuk kerajaan bersama PH.

Sebelum penarikan sokongan itu, PH mempunyai 11 Adun di Melaka berbanding berbanding 17 sokongan bagi BN-PN.

Kini, sokongan BN-PN berkurangan menjadi 13 dan sokongan dimiliki PH menjadi 15.

PH Mahu Cabar Keabsahan Kerajaan Sementara Melaka Di Mahkamah

Ketika mengumumkan pembubaran DUN hari ini, Speaker DUN Melaka, Ab Rauf Yusoh yang juga pengerusi Umno Melaka berkata Sulaiman telah bertemu Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam dan meminta Ali untuk membubarkan DUN

Rauf berkata pembubaran DUN diwartakan hari ini dan kerajaan negeri akan menjadi kerajaan sementara sehinggalah pilihan raya yang akan datang.

Selepas pembubaran diwartakan hari ini, pilihan raya perlu diadakan dalam masa 60 hari, namun terdapat cadangan untuk mengisytiharkan darurat bagi mengelakkan PRN itu diadakan, memandangkan negara masih bergelut dalam pandemik Covid-19.

Adly turut menyelar tindakan Sulaiman mencadangkan pembubaran DUN kepada Ali sebagai tidak bertanggungjawab.

“[...] Permohonan Sulaiman kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka untuk membubarkan DUN Melaka ke-14 mempamerkan sikap beliau yang tidak bertanggungjawab kerana rakyat masih lagi bergelut dengan pandemik Covid-19.

PH Mahu Cabar Keabsahan Kerajaan Sementara Melaka Di Mahkamah

“ ... Malahan PRN Sarawak telah ditangguhkan atas alasan yang sama,” katanya lagi. -mk




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




1 comment:

  1. I am very interested in the information contained in this post. The information contained in this post inspired me to generate research ideas.
    Jurnal Teknik
    Unimuda Sorong

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan