Pada masa sama Menteri Pembangunan Luar Bandar itu juga mengingatkan agar parti-parti politik - termasuk pembangkang - agar menghormati memorandum persefahaman yang ditandatangani di peringkat pusat.
“Kita dengar titah Yang di-Pertuan Agong untuk menstabilkan keadaan politik, (supaya) membolehkan tumpuan kerajaan kepada pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi.
Krisis Politik Melaka, Ibarat Ketam Mengajar Anaknya Berjalan
"Kita dengar apa yang dititahkan itu agar wujudkan collaboration (kerjasama dalam politik),” katanya dalam kenyataan media selepas menghadiri majlis rasmi di Kuala Nerang hari ini.
Semalam perhatian ramai tertumpu kepada Melaka apabila timbul desas-desus mengenai pertukaran kerajaan negeri ekoran ada beberapa Adun yang mahu berpaling tadah.
Bagaimanapun sumber dalaman PKR memberitahu gerakan itu bukan digerakkan oleh Pakatan Harapan (PH) sebaliknya Adun tertentu yang didakwa tidak berpuas hati kepada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.
Kekalkan kerajaan sedia ada
Khabar angin itu semakin kuat bertiup apabila Pengerusi PH Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa Adun Melaka di pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor.
Bagaimanapun hari ini Anwar mengesahkan belum ada sebarang permohonan dibuat untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam.
Secara keseluruhan DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dengan BN dan Perikatan Nasional (PN) menguasai 17 manakala selebihnya PH.
Krisis Politik Melaka, Ibarat Ketam Mengajar Anaknya Berjalan
Mahdzir adalah pemimpin kanan pertama Umno yang mengulas mengenai krisis kepemimpinan yang berlaku di Melaka setakat ini.
Sementara itu Astro Awani yang melaporkan majlis berkenaan memetik Mahdzir sebagai berkata dia beharap pihak terbabit memikirkan usaha untuk mengekalkan kerajaan sedia ada di Melaka.
"Kita pun paling tinggi (atau paling lama) ada lebih kurang setahun setengah lagi, tentulah ada pilihan raya (umum ke-15), tak perlulah (pihak itu) tergesa gesa," katanya. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..