Ini menjadikan seluruh Lembah Klang akan beralih ke Fasa 2 dan hanya berbaki Kedah serta Johor masih di bawah Fasa 1 PPN.
“Maka, pergerakan antara negeri-negeri ini adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya,” katanya dalam kenyataan.
Petanda Boleh Rentas Negeri?
Ismail, berkata dengan peralihan fasa itu beberapa kelonggaran diberikan sama seperti negeri lain sebelum ini yang telah beralih lebih awal.
Ini termasuk rentas daerah dibenarkan bagi individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin, selain pasangan suami isteri jarak jauh yang lengkap divaksin turut dibenarkan merentas negeri.
“Ibu bapa yang telah mendapat dua dos vaksin dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun. ‘Dine-in’ dibenarkan di premis makanan untuk pelanggan yang lengkap menerima dua dos vaksin.
“Aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama yang melibatkan penginapan di hotel dan ‘homestay’ bagi individu yang telah lengkap dua dos,” katanya.
Petanda Boleh Rentas Negeri?
Katanya,kerajaan juga bersetuju membenarkan sektor perdagangan dan pengedaran, perniagaan kedai bunga, nurseri, kedai peralatan ‘outdoor’ dan galeri perumahan beroperasi mulai 10 September bagi negeri Fasa 1.
“Bagi negeri yang diletakkan di bawah Fasa 2 dan Fasa 3, kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, ‘hairdresser’, dan salon kecantikan dibenarkan.
“Keterangan SOP terkini akan dikemas kini oleh MKN dan kementerian berkaitan,” katanya. - fmt
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..