Wednesday, 1 September 2021

Najib Suruh Kerajaan Lebih Banyak Tunai Pada Rakyat

Najib Suruh Kerajaan Lebih Banyak Tunai Pada Rakyat | Najib Razak menggesa kerajaan meningkatkan kitaran wang tunai, dengan memberi lebih banyak bantuan kepada rakyat, selepas medan selera berusia 22 tahun di pusat beli-belah Suria KLCC menamatkan operasi hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata, kerajaan bertanggungjawab memulihkan keyakinan rakyat untuk keluar rumah dan berbelanja semula.

“Rakyat tak rasa selamat untuk berjalan-jalan dan makan di luar rumah selagi angka kes Covid-19 masih tinggi, biarpun kelonggaran untuk ‘dine-in’ dah lama diberi.

Najib suruh kerajaan beri lebih banyak 'cash' kepada rakyat

“Pulihkan kemampuan rakyat untuk berbelanja dengan menaikkan semula kitaran wang tunai bagi ekonomi tempatan, iaitu ‘putting money into people’s hands’,” katanya di Facebook.

Terdahulu, warganet berkongsi notis ringkas penutupan Rasa Food Arena KLCC mulai hari ini, sejak beroperasi 22 tahun lalu.

Najib Suruh Kerajaan Lebih Banyak Tunai Pada Rakyat 

“Dengan dukacitanya, kami mengumumkan penutupan kekal Rasa Food Arena Suria KLCC bermula 1 Sept 2021. Terima kasih untuk pengalaman selama 22 tahun, ia adalah keseronokan terindah untuk melayani anda,” menurut notis itu.

Najib menyuarakan kebimbangan terhadap warung dan restoran biasa yang mungkin menerima nasib sama akibat impak Covid-19.

“Sekiranya ‘food court’ tingkat 4 KLCC yang popular sejak 22 tahun lalu pun terpaksa henti operasi bermula hari ini, apakah nasib warung-warung dan restoran biasa?” soalnya. - fmt



BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan