2. Jadi, apa kaitannya komunis dengan kemerdekaan kita? Di Tanah Melayu, komunis ini adalah parti politik sahaja yang menubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1930.
4. Antaranya ialah Pak Sako dan Ibrahim Yaakob. Mereka menubuhkan KMM dan PKMM untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. British tidak senang dengan perjuangan ini lalu melabelkan mereka komunis. Begitulah British, jika ada yang melawannya dilabelkan sahaja sebagai komunis.
Inggeris Atau Komunis Yang Menjajah Negara Ini?
5. British tanamkan perasaan benci kepada komunis supaya orang Melayu sayangkan British sedangkan Britishlah yang menjajah kita. Jika di Indonesia, sesiapa sahaja yang bekerja dengan penjajah Belanda dipanggil anjing Belanda.
Komuniskah
6. Kita telah lebih enam dekad merdeka. Namun, setiap kali kemerdekaan kita masih bincangkan tentang komunis. Untuk apa?
7. Hendak kata komunis masih ancaman pada negara, kerajaan telahpun menandatangani perjanjian damai dengan PKM di Haadyai pada 2 Disember 1989, dan sejak itu berakhirlah ancaman PKM.
8. Maka, setelah 64 tahun merdeka, kita bawalah naratif baharu dalam meraikan kemerdekaan. Kita sambut kemerdekaan dengan wajah Keluarga Malaysia—nama kerajaan baharu kita.
9. Jangan jadi seperti penjajah British yang suka melabelkan pihak yang tidak disukainya. Usah kita menanam benci hanya kerana perbezaan politik.
Inggeris Atau Komunis Yang Menjajah Negara Ini?
10. Tahun ini kita sambut kemerdekaan dalam suasana pandemik dengan keadaan ramai rakyat susah. Oleh itu, muncullah banyak program ‘kerajaan menjaga rakyat’ dalam dua hari berbaki ini daripada mengisahkan tentang komunis.
Sumber : FB Prof Dr. Muhammad Agus Yusuff
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
Prof, apa yang berlaku selepas Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu? Siapa yang berkuasa?, siapa yang membuat huru-hara? Siapa yang menyeksa dan membunuh orang-orang kampung? Sambutan Hari Kebangsaan adalah untuk menyedarkan rakyat terutama yang leka dengan semangat patriotik. Untuk menerapkan semangat cinta dan sanggup berjuang untuk negara, salah satunya adalah mengingat kembali kisah-kisah perjuang negara menghadapi setiap ancaman dari musuh yang cuba mengambilalih dengan menyeksa, membunuh dan mendatangkan huru hara kepada ketenteraman dan kedaulatan negara. Prof agak-agak setuju ke dengan tektik komunis untuk menentang penjajah dengan menggugat kedauatan negara, penyeksa, membunuh, memusnahkan harta benda rakyat terutama Orang Melayu walaupun sesudah negara mencapai kemerdekaan?
ReplyDelete