Menurut Tengku Razaleigh Hamzah orang ramai wajar berharap aga menteri-menteri terbabit dibayar gaji separuh lebih rendah berbanding apa yang mereka terima di bawah Muhyiddin Yassin sebelum ini.
"Saya telah memberikan ulasan bahawa tak dapat nak duga selain daripada mereka yang dipilih kerana inilah pilihan yang ada.
"Sudah tentu Umno kecewa dengan barisan kabinet terbaru ini.
Gaji Menteri Akan Di Bayar Separuh?
"Mari kita berdoa agar gaji mereka ini dibayar sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah yang dibayar kepada mereka di bawah Muhyiddin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pengumuman dibuat perdana menteri pagi tadi, seramai 31 menteri dan 38 timbalan dilantik menyertai kerajaan dengan sebahagian besar mereka adalah muka yang sama pernah berkhidmat di bawah Muhyiddin sebelum ini.
Justeru sesetengah pihak menganggap Ismail Sabri hanya mengitar semula kabinet presiden Bersatu terbabit.
Pembangkang pula mentafsirkan kerajaan baru di bawah Ismail Sabri sebagai Kerajaan Perikatan Nasional (PN) 2.0.
Sementara, bekas perdana menteri Najib Razak mempertahankan barisan kabinet Ismail Sabri meskipun menyedari ramai rakyat kecewa dengan pengumuman itu.
Gaji Menteri Akan Di Bayar Separuh?
Ismail Sabri ketika mengumumkan senarai berkenaan berkata, tugas utama kabinet yang dibentuk hari ini adalah untuk menangani Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi.
Katanya, setiap menteri juga mesti menunjukkan prestasi mereka dalam tempoh 100 hari pertama memegang jawatan. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
kalau separuh, maknanya si "dia" dapat RM55,000 sebulan campur elaun itu ini, jadilah daripada tak de.
ReplyDelete