Dalam satu hantaran di laman Facebook, Istana Negara menyebut sesi menghadap itu berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula jam 11.00 pagi ini.
“Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu dari Ismail Sabri Yaakob susulan pelantikan beliau sebagai perdana menteri ke-9 pada 21 Ogos lalu,” kata pihak kenyataan Istana Negara.
Agong Perkenan Senarai Kabinet Ismail Sabri
Menurut kenyataan itu lagi, sesi menghadap hari ini merupakan yang kali kedua bagi Ismail Sabri Yaakob selaku perdana menteri.
Sesi menghadap yang pertama berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia beliau sebagai perdana menteri di Istana Negara pada 21 Ogos lalu.
“Usai sesi menghadap, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah berkenan mengurniakan santapan tengah hari kepada perdana menteri di Istana Abdulaziz,” kata kenyatan itu.
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, di Kuantan pada kira-kira jam petang tadi.
Sementara itu, portal Berita Harian Online melaporkan adalah difahamkan Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno dijangka akan mengadakan sidang media petang ini untuk memaklumkan mengenai senarai anggota kabinetnya.
Bagaimanapun setakat ini belum ada makluman rasmi atau jemputan kepada media, termasuk kepada Malaysiakini.
Agong Perkenan Senarai Kabinet Ismail Sabri
Terdahulu, Bernama melaporkan Ismail Sabri dilihat memasuki perkarangan istana pada 10.53 pagi dengan diiringi oleh tiga kenderaan lain dan kawalan polis trafik.
Turut bersama perdana menteri ialah Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.
Star Online sebelum ini melaporkan senarai kabinet itu sepatutnya dipersembahkan semalam tetapi ditangguhkan ke hari ini, memandangkan Yang di-Pertuan Agong tidak berada di Kuala Lumpur.
Ismail bertolak ke Pahang hari ini.
Ia juga melaporkan bahawa Ismail diminta memuktamadkan senarai kabinet sebelum sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos.
Selepas senarai kabinet itu dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong, majlis angkat sumpah dijangka diadakan secepat mungkin. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..