Sunday, 11 July 2021

Menteri Kabinet Antara Yang Terbesar Di Dunia

Menteri Kabinet Antara Yang Terbesar Di Dunia | Sekarang adalah masa untuk kerajaan mengambil langkah baru bagi mengelakkan pembaziran, kata ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi.

Katanya selepas timbalan perdana menteri dilantik, tidak perlu lagi empat menteri kanan yang diperkenalkan Muhyiddin Yassin tahun lalu dikekalkan.

Turut patut ditamatkan perkhidmatan mereka ketika ini, katanya, ialah wakil-wakil rakyat yang dilantik dengan taraf menteri.

"Membazir dan tiada team work (kerja berpasukan)," katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

Untuk rekod ketika berdepan dengan tekanan dan asakan Umno, Muhyiddin Yassin melantik Ismail Sabri Yaakob menjadi timbalan perdana menteri.

Semasa membentuk kabinet Perikatan Nasional pada tahun lalu presiden Bersatu itu tidak melantik timbalan perdana menteri seperti yang lazim dilakukan kerajaan Malaysia sebelum ini.

Menteri Kabinet Antara Yang Terbesar Di Dunia

Sebaliknya Muhyiddin mengangkat empat ahli parlimen dari pelbagai parti untuk menjadi menteri kanan. Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno ialah salah seorang daripada mereka.

Menteri kanan lain ialah Naib Presiden Bersatu, Radzi Jidin; bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Fadillah Yusof.

Itu kenyataan berani

Sejumlah ahli parlimen lain pula dilantik ke jawatan tinggi dengan taraf menteri, termasuk Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Sarawak, Tiong King Sing.

Abdul Hadi diangkat menjadi duta khas ke Timur Tengah, manakala Tiong ke China.

Pengkritik menganggap lantikan-lantikan tersebut sebahagian daripada amalan scheme of things Muhyiddin untuk dia mengekalkan sokongan parti politik dan ahli parlimen agar terus menjadi perdana menteri.

Mohd Puad berkata ketika ini saiz kabinet Malaysia sudah terlalu besar dengan adanya 31 menteri, ditambah pula dengan 38 timbalan menteri.

"Lagi pun apa peranan dan bidang kuasa mereka kecuali dapat keistimewaan polis pengiring?" katanya.

Sepatutnya kata bekas ahli parlimen Batu Pahat itu, dengan pandemik Covid-19 yang ada sekarang semua jawatan menteri kanan dan wakil yang bertaraf menteri ditamatkan sahaja.

Mohd Puad turut memetik laporan media berkenaan pandangan Ketua Pengurusan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia, Brig Jen Dr Mohd Arshil Moideen berkenaan isu yang dihadapi negara sekarang.

Menteri Kabinet Antara Yang Terbesar Di Dunia

Kata Mohd Arshil tiadanya tindakan menyeluruh dan penyelarasan arahan menyumbang kepada masalah sukarnya negara melawan gelombang Covid-19 ketika ini.

Turut dibangkitkannya ialah kelewatan kawalan, diagnosis dan pengasingan kes Covid-19. 

Kata Mohd Puad kata-kata itu merupakan kenyataan berani oleh Mohd Arshil yang juga pegawai kanan tentera.

Ketika ini katanya dia melihat seperti hanya empat menteri saja yang bekerja. Bagaimanapun Mohd Puad tidak menyatakan menteri tersebut.

"Ada pula menteri yang kerjanya buka pintu belakang. Menteri kanan pula tu," sambungnya secara sinis. - mk





BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan