Saturday, 1 May 2021

SOP Kelaut Di Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Jaya?

SOP Kelaut Di Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Jaya | Terpaksa berbaris panjang, itulah suasana yang menanti mereka yang menuju ke jabatan kesihatan tempatan untuk menanggalkan gelang tangan setelah tamat kuarantin Covid-19.

Tinjauan oleh FMT di pejabat kesihatan daerah di Petaling Jaya pagi ini juga mendapati kanak-kanak dan warga emas turut tidak mematuhi protokol penjarakan fizikal seperti yang ditetapkan prosedur operasi standard (SOP).

Mereka secara terbuka melanggar jarak minimum 1m antara satu sama lain. Ada juga yang tidak memakai pelitup muka dengan betul, sekali gus menimbulkan kebimbangan risiko jangkitan yang lebih tinggi.

Bercakap kepada FMT, ibu bapa yang menemani anak-anak mereka bimbang tentang sistem “walk-in”, dengan berkata, slot masa sepatutnya diberikan untuk mengelak orang ramai beratur berjam-jam secara rapat antara satu sama lain di bawah terik matahari.

SOP Kelaut Di Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Jaya?

Seorang bapa, yang enggan namanya disebut, berkata ini menunjukkan pejabat kesihatan tidak menguruskan proses itu dengan baik.

“Anak saya adalah kontak rapat kepada pesakit Covid-19 di sekolahnya. Dia sudah lama dikuarantin tapi sekarang dia terdedah pula kepada kelompok ini yang boleh mencetuskan kluster baharu. ”

Beliau lebih suka sekiranya slot masa ditentukan, berbanding sistem “siapa cepat, dia dapat”, katanya.

“Apa gunanya datang ke sini awal-awal pagi hanya untuk beratur di bawah terik matahari berjam-jam? Ini tidak efisien.”

Beliau mendakwa mereka dari luar daerah Petaling Jaya juga diarah untuk datang ke sini, memburukkan lagi keadaan.

“Ada yang datang dari Semenyih dan Klang yang beratur di sini. Ini tidak masuk akal,” katanya.

Seorang ibu, yang mahu dikenali sebagai Nur Maimun, berkata beliau terkejut melihat barisan yang panjang di sekitar bangunan pejabat kesihatan.

SOP Kelaut Di Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Jaya?

“Saya baru saja tiba di sini dengan anak saya. Saya tak pasti berapa lama saya perlu beratur kerana ada orang lain di sini yang telah menunggu sejak 8 pagi,” kata beliau.

Seorang lagi individu, Mohd Azlan, berkata beliau menunggu lebih tiga jam dan berharap sistem pengurusan orang ramai yang lebih baik akan diperkenalkan. - fmt




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan