Beliau berkata, jumlah kenderaan rentas negeri itu kebanyakannya menuju ke Kuala Lumpur melalui jalan berkenaan, manakala laluan di Jalan Gua Musang-Cameron Highlands tidak banyak berubah.
Sik berkata, bagaimanapun kesesakan jalan itu tidak kritikal kerana semua aliran trafik terkawal bermula di Jalan Gua Musang-Kuala Krai.
Punca Kesesakan Lebuhraya Karak Semasa PKP Tersebar
“Apapun, kita sentiasa meningkatkan kawalan dan pemeriksaan lebih ketat ke atas kenderaan yang melalui jalan itu,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Beliau berkata, selain pemeriksaan ketat kebenaran rentas negeri, polis turut memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Dalam perkembangan lain, Sik berkata pihaknya juga mendapati penduduk semakin lalai dan tidak mematuhi SOP selepas sambutan Aidilfitri.
“Semalam empat kompaun termasuk dua tidak memakai pelitup muka dan dua lagi kompaun tidak mengimbas kod QR dikeluarkan dan polis tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran SOP,” katanya.
Terdahulu, beberapa gambar menunjukkan banyak kenderaan yang dikatakan melakukan perjalanan rentas negeri sehingga mengakibatkan kesesakan di Plaza Tol Gombak menghala ke ibu negara, tular di laman sosial sejak semalam.
Punca Kesesakan Lebuhraya Karak Semasa PKP Tersebar
Gambar itu memaparkan kesesakan di Lebuh Raya Karak turut mendapat kritikan warganet yang mempersoalkan mengapa begitu banyak kenderaan berada di atas jalan raya dalam tempoh penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP). - fmt
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..