Menteri Besar Dan Ketua Menteri PH Dijemput Mesyuarat MKN | Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, beliau baru dimaklumkan menteri besar dan ketua menteri dari negeri pimpinan Pakatan Harapan diundang semula ke mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, esok.
“Terima kasih atas undangan semula ini, saya komited hadir untuk ketengahkan pandangan demi kepentingan rakyat Selangor,” katanya menerusi Twitter malam ini.
Terdahulu, Amirudin mendakwa mesyuarat khas MKN di Putrajaya esok tidak melibatkan menteri besar dan ketua menteri seperti dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan.
Menteri Besar Dan Ketua Menteri PH Dijemput Mesyuarat MKN
“Saya telah mengesahkan kehadiran semalam seperti yang diminta, namun petang ini saya dimaklumkan mesyuarat MKN esok tidak akan melibatkan menteri besar dan ketua menteri seperti sebelum ini,” katanya.
Mesyuatat khas MKN Covid-19 yang dijadualkan 3 petang esok itu dijangka membincangkan keputusan sama ada mahu melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) secara menyeluruh di seluruh negara. - fmt
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..