Hanif yang merupakan ketua polis negara yang paling lama berkhidmat berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) mahupun menteri dalam negeri tidak mempunyai kuasa sedemikian.
Semalam, Takiyuddin berkata, Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa SPP mengendalikan urusan berkaitan kenaikan pangkat, disiplin, kebajikan dan lain-lain melibatkan anggota polis.
Bekas Ketua Polis Negara Jawab Takiyuddin Hassan
Suruhanjaya itu kini dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.
Takiyuddin dipercayai menyebut perkara itu sebagai respons terhadap kritikan ketua polis negara yang bakal bersara Abdul Hamid Bador berhubung dakwaan campur tangan Hamzah dalam urusan polis.
Hamid juga berkata, Hamzah “mahukan kuasa” untuk menentukan di mana pegawai polis ditempatkan.
Pendedahan beliau dibuat beberapa jam selepas Hamzah mengesahkan dirinya merupakan individu dalam rakaman audio tular yang bercakap tentang rombakan pasukan polis.
Hanif berkata, sepanjang 20 tahun menjadi KPN, beliau tidak berdepan masalah dengan tiga menteri dalam negeri atau SPP.
Katanya, tiada dalam kalangan menteri terbabit cuba campur tangan dalam pengendalian pasukan polis dan SPP serta pengerusinya berperanan mengikut fungsi yang ditetapkan dalam perlembagaan.
“Justeru SPP, seperti yang wujud sekarang boleh berperanan sekiranya semua pihak bekerja dalam batas undang-undang masing-masing.”
Walaupun bersetuju dengan kenyataan Takiyuddin Hassan bahawa pegawai awam harus menggunakan saluran yang betul bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, namun Hanif berkata, keadaan yang dihadapi Hamid berbeza.
Bekas Ketua Polis Negara Jawab Takiyuddin Hassan
Takiyuddin dilaporkan berkata, pegawai awam harus mendedahkan isu “di tempat yang sesuai” seperti mesyuarat di peringkat menteri, tetapi tidak melakukannya kepada media, yang seolah-olah menunjukkan mereka “membelakangkan atau mencela kerajaan”.
Hamid berkata, beliau telah memaklumkan isu campur tangan Hamzah kepada perdana menteri dan ketua setiausaha negara. - fmt
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..