Monday, 26 April 2021

Zahid Hamidi Tolak Sangkaan Ketua Dewan Ulamak PAS

Zahid Hamidi Tolak Sangkaan Ketua Dewan Ulamak PAS | Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tidak mudah untuk parti itu kembali ke meja rundingan dengan Bersatu seperti sangkaan dibuat Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Antara lain kata Ahmad Zahid, pendirian Umno untuk enggan berunding atau bekerjasama dengan Bersatu itu bukanlah keputusan peribadi mana-mana orang.

"Ia diputuskan pada perhimpunan agung Umno.

"Maka perkara yang telah diputuskan ini bukanlah boleh dibawa bincang semula di meja rundingan dengan sebegitu mudah kerana melibatkan suara akar umbi dan perwakilan Umno," katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Terdahulu Nik Zawawi dilaporkan berkata PAS bersedia menjadi orang tengah dalam usaha mendamaikan Umno dan Bersatu.

Zahid Hamidi Tolak Sangkaan Ketua Dewan Ulamak PAS

Anggota Parlimen Pasir Puteh itu berkata, pihaknya boleh mengatur perjumpaan bagi mencari titik pertemuan yang boleh menyelesaikan kemelut di antara kedua-dua pihak terbabit. 

Untuk rekod PAS merupakan rakan kerjasama Umno apabila kedua-dua parti diikat piagam bersama Muafakat Nasional (MN) ketika Bersatu masih menjadi sebahagian daripada komponen Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun selepas Bersatu meninggalkan PH lalu membentuk kerajaan dengan sokongan ahli-ahli parlimen Umno, PAS menyertai Perikatan Nasional (PN) dalam tindakan sepihak yang tidak disenangi Umno.

Sehingga kini PAS tekal dengan pendirian mereka untuk kekal bersama MN dan PN pada suatu masa walaupun ia tidak disenangi Umno. Alasan yang digunakan PAS ialah mereka mahu memperjuangkan perpaduan ummah.

Ahmad Zahid berkata mana-mana pihak yang berkeyakinan tinggi mereka mampu memainkan peranan mendamaikan Umno dan Bersatu perlu memahami keadaan yang ada sekarang.

Zahid Hamidi Tolak Sangkaan Ketua Dewan Ulamak PAS

Menoleh ke belakang ahli parlimen Bagan Datuk itu juga kelihatan bernada sinis semasa mengingatkan mengenai bagaimana MN dibentuk sebelum ini.

Kata Ahmad Zahid permuafakatan itu dibina atas semangat kerjasama yang tulen dan jujur.

"Kerjasama berkenaan melibatkan antara tiga juta ahli (Umno) bersama sejuta ahli (PAS), bukannya kerjasama antara sejuta ahli dengan 500 orang," tegasnya. - mk





BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan