Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua kes itu adalah jangkitan tempatan.
Berdasarkan analisis filogenetik, katanya, kes itu berkait rapat dengan kluster Jalan Lima dan Kebun Baru, kedua-duanya di Selangor.
Noor Hisham berkata, virus itu kemudiannya merebak dalam kalangan penduduk di daerah Kuala Langat.
Dikenal pasti pada Disember 2020, varian B.1.351 pertama kali dijumpai di UK dan Afrika Selatan, sebelum menular ke negara lain seperti Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Australia dan Korea Selatan.
Varian Baru Covid 19 Ditemui Di Malaysia
Beliau berkata, pejabat kesihatan daerah Kuala Langat dan Sepang, bersama Institut Penyelidikan Perubatan, akan terus memantau kehadiran varian Afrika Selatan dan mutasi lain melalui ujian “jujukan genom” daripada sampel klinikal.
Sehingga semalam, katanya, 117 jujukan genom SARS-CoV-2 diperolehi daripada pelbagai mutasi Covid-19.
“KKM akan terus berwaspada dan melaksanakan pelbagai langkah kesihatan awam untuk mencegah berlakunya limpahan varian baru ke Malaysia.” - fmt
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..