Wednesday, 14 April 2021

Ronnie Liu Tidak Diperlukan Dalam DAP - Tony Pua

Ronnie Liu Tidak Diperlukan Dalam DAP - Tony Pua | Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menyelar rakan partinya, Ronnie Liu kerana mendesak parti itu untuk tidak menghakis sifat ‘kecinaannya’ dan menyifatkan ADUN Sungei Pelek itu sebagai “cauvinis Cina yang tidak diperlukan DAP.”

Pua membidas Liu, yang menurutnya, mahu DAP meninggalkan segala kemajuan yang dicapai sebelum ini untuk menjadi parti lebih inklusif, hanya untuk mempertahankan “kecinaannya.”.

“Ini adalah sikap cauvinis secara terang-terangan dan DAP sudah tentu tidak memerlukan  orang cauvinis seperti ini (Liu) dalam parti,” kata Pua dalam kenyataan hari ini.

Pua menuduh Liu sebagai mahukan DAP terus kekal menjadi alternatif kepada MCA.

“Terus terang saya katakan, ini (kenyataan Liu) mungkin penghinaan terbesar yang boleh dilemparkan kepada DAP hari ini.

Ronnie Liu Tidak Diperlukan Dalam DAP - Tony Pua

“MCA terlampau ‘mencinakan’ diri sehingga mereka berada di bawah telunjuk dan mengharapkan belas kasihan .. Umno, PPBM dan PAS, yang menentukan jangka hayat politik MCA,” katanya.

Semalam, Liu berkata DAP tidak seharusnya memperkecil atau menghakis asas parti itu hanya untuk meraih sokongan pengundi Melayu, sebaliknya perlu mempertahankan  budaya serta semangat perlembagaan, perjuangan politik pluralistik dan nilai-nilai demokratik.

Kenyataan beliau itu dibidas Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh yang berkata Liu  “menjejaskan usaha para pemimpin DAP lain yang berusaha memerangi prasangka dan stigma terhadap DAP.”

Pua berkata DAP mempunyai ramai wakil pemimpin Melayu  di pelbagai peringkat, termasuk akar umbi parti.

“Mereka sudah menyertai DAP sejak beberapa tahun kebelakangan selepas melihat DAP sebagai parti yang berjuang untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Bagaimanapun, Pua berkata, transformasi parti itu belum lengkap dan masih banyak perlu dilakukan untuk DAP menjadi parti pilihan semua rakyat, bukan hanya untuk golongan minoriti yang ditindas.

Ronnie Liu Tidak Diperlukan Dalam DAP - Tony Pua

Veteran DAP Lim Kit Siang berkata, walaupun dituduh sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan anti-raja sepanjang sejarahnya, DAP kekal komited kepada merealisasikan hasrat membentuk sebuah Malaysia yang merentasi perkauman, maju dan disegani di peringkat antarabangsa. - fmt



BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan