Sofi juga mencadangkan agar jawatan duta-duta khas diberhentikan serta melakukan pemotongan elaun kepada pengerusi badan berkaitan kerajaan (GLC).
“Tidak ketinggalan buat pemotongan elaun untuk pengerusi GLC dan ada juga duta khas ini semua mesti diberhentikan kerana kita tidak melihat adanya fungsi dan mereka hanya setakat dapatkan elaun dan gaji tanpa berikan perkhidmatan,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Rombak Kabinet Bergaji Besar Dahulu Sebelum Suruh Penjawat Awam Berwakaf
Mohd Sofi Abdul Wahab
Sebelum ini, Muhyiddin berkata kerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan.
Jelasnya, itu disebabkan negara kini sudah tidak mempunyai wang yang banyak.
Mengulas lanjut, Sofi turut menambah, tidak wajar kerajaan mengalakkan penjawat awam untuk mewakafkan gaji mereka bagi membantu ekonomi negara.
Dia mengulas demikian berhubung inisiatif kerajaan untuk menggalakkan penjawat awam berwakaf khususnya secara berkala melalui potongan gaji.
Rombak Kabinet Bergaji Besar Dahulu Sebelum Suruh Penjawat Awam Berwakaf
Jelas Muhyiddin, antara usaha pelaksanaan wakaf itu adalah supaya penjawat awam dapat memainkan peranan penting dalam membantu ekonomi negara.
“Jangan diminta pegawai kerajaan untuk potong gaji mereka sedangkan menteri dan timbalan menteri bergaji dengan jumlah yang tidak munasabah.
“Dari kerajaan cadangkan penjawat awam mewakafkan wang gaji, lebih baik buat rombakan kabinet,” jelasnya. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..