Ketua Polis Daerah Kuantan Mohamad Noor Yusof Ali, berkata kompaun terhadap mereka termasuk tujuh wanita itu dikeluarkan selepas pemeriksaan dilakukan pada 11.55 malam, mendapati mereka tidak mengamalkan penjarakan fizikal di restoran itu.
“Kami mendapati kebanyakan mereka memenuhi meja yang sama walaupun terdapat banyak meja kosong yang lain dan alasan diberikan ialah mereka tidak mengetahui peraturan jarak 1m,” katanya dalam kenyataan.
Rakyat Marhaen Dikompaun Lagi Tidak Patuh SOP
Mohamad Noor berkata, pengurusan restoran terbabit turut dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal memastikan pelanggan mematuhi SOP.
“Pihak pengurusan memberitahu kami bahawa mereka telah menasihati pelanggan berkenaan tetapi mereka enggan mendengar. Bagi kami, pihak restoran sepatutnya menghubungi polis atau penguat kuasa majlis bandar raya apabila berdepan situasi itu,” katanya.
Beliau berharap, kompaun itu akan memberi pengajaran kepada orang awam dan pengurusan tempat makan di Kuantan supaya mematuhi SOP untuk mengekang penularan Covid-19. - fmt
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..