Thursday, 1 April 2021

Rakyat Hilang Kepercayaan Pada Kerajaan PN

Rakyat Hilang Kepercayaan Pada Kerajaan PN | Seorang pakar kesihatan memberi amaran bahawa kerajaan berisiko kehilangan kepercayaan rakyat sekiranya ia tidak menangani persepsi berhubung amalan dwistandard dalam penguatkuasaan undang-undang dan dasar yang bertujuan mengekang penyebaran wabak Covid-19.

Dr Adeeba Kamarulzaman, seorang profesor perubatan di Universiti Malaya memberitahu FMT, kepercayaan merupakan perkara penting dalam sesuatu krisis dan bagi memastikan keberkesanan dasar kesihatan awam.

Memetik kenyataan seorang pakar kesihatan dari Amerika Syarikat Dr Julia Marcus, beliau berkata: “Kepercayaan merupakan tunjang kepada kesihatan awam.”

Adeeba berkata, kejayaan mengawal pandemik bergantung kepada sejauh mana berkesannya hubungan dan kepercayaan yang dibina dengan masyarakat awam.

Beliau mengambil contoh langkah utama yang ditekankan oleh pentadbiran baharu kerajaan Amerika Syarikat (AS) dalam memerangi Covid-19 adalah dengan mengembalikan kepercayaan rakyat, disusuli dengan program imunisasi yang diperhebatkan.

Rakyat Hilang Kepercayaan Pada Kerajaan PN

Beliau berkata, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi menyebut bahawa kepercayaan akan membawa kepada pematuhan SOP yang lebih baik dan sangat penting bagi sesebuah kerajaan mendapatkan sokongan rakyat kepada sesuatu dasar yang dilaksanakan.

“Kalau anda lihat semula pada respons kita pada awal pandemik melanda. Terdapat kepercayaan yang tinggi diletakkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan. Semua orang patuh,” katanya.

“Namun akhir-akhir ini, dengan kelesuan pandemik, SOP serta mesej yang mengelirukan daripada kerajaan serta kadar kepercayaan yang mula terhakis menyaksikan lebih ramai anggota masyarakat enggan mematuhi SOP walaupun dikenakan denda yang tinggi.”

Adeeba mengulas mengenai persepsi negatif ke atas Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berhubung layanan khas kepada seorang timbalan menteri sekembalinya beliau ke Malaysia.

Juruterbang syarikat penerbangan Singapore Airlines S Mani Vannan baru baru ini mendakwa Noor Hisham “pilih kasih” kerana membenarkan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara Kumar menjalani kuarantin di rumah selepas pulang dari New Zealand.

Permohonan sama diajukan oleh Mani Vannan bagi membolehkan beliau menjaga ibunya yang menderita penyakit kanser, tetapi ditolak oleh Noor Hisham

Rakyat Hilang Kepercayaan Pada Kerajaan PN

Adeeba bagaimanapun berkata, undang-undang dan dasar “seharusnya dilaksanakan dengan adil” tanpa mengira latar belakang seseorang.

Azrul Khalib, ketua pengarah eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial berkata, SOP dirangka dan dilaksanakan bagi melindungi semua orang dan mestilah dipatuhi tanpa mengira status sosial dan pangkat.

Katanya, persepi berlakunya layanan berat sebelah tidak hanya akan mengurangkan tahap keselamatan individu tertentu, tetapi turut memberi kesan kolektif kepada masyarakat sekeliling.

Azrul bagaimanapun berkata, bukanlah menjadi tanggungjawab ketua pengarah kesihatan semata-mata bagi memastikan golongan VIP patuh kepada SOP, memandangkan begitu banyak isu yang perlu ditangani beliau ketika ini.

Beliau berkata pegawai penguat kuasa SOP sepatutnya bertangunggjawab dalam memastikan pelaksanaan undang-undang dijalankan dengan adil dan perdana menteri seharusnya menyampaikan mesej yang jelas berhubung perkara itu.

“Paling penting, VIP seharusnya berasa malu pada diri sendiri. Mereka mahu orang awam mematuhi SOP yang ditetapkan, sementara mereka dikecualikan, ia bukan sahaja memilih darjat, tetapi juga perbuatan yang hipokrit.”

Rakyat Hilang Kepercayaan Pada Kerajaan PN

Azrul berkata, sangat menghampakan sekiranya Noor Hisham seolah-olah diharapkan bertindak seperti seorang guru besar dengan rotan untuk memastikan orang lain menurut perintah.

“Seperti kebanyakan guru besar, orang yang berkelakuan buruk juga tidak pedulikan beliau.” - mk





BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan