Tuesday, 20 April 2021

Punca Permaisuri Agong Tutup Akaun Instagram Tersebar

Punca Permaisuri Agong Tutup Akaun Instagram Tersebar | Pengguna media sosial di Malaysia terkejut setelah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyahaktifkan akaun Instagramnya.

Setakat laporan ini ditulis, tanda pagar #DengkiKe sohor di Twitter di Malaysia dengan 9,269 tweet setakat ini.

Tanda pagar itu merujuk kepada komen Raja Permaisuri Agong di akaun Instagramnya, tidak lama sebelum akaun @airtangan_tunkuazizah dinyahaktifkan.

Tangkap layar komen yang dikongsi secara meluas itu disertakan keterangan tentang aktiviti petang Tunku Azizah di dapur bersama cef istana.

Seorang pengguna media sosial kemudian bertanya adakah tukang masak istana telah divaksin, yang kemudian dikatakan dijawab Tunku Azizah dengan "Dengki ke?".

Mengulas tangkap layar itu, beberapa pengguna media sosial mengkritik komen yang didakwa ditulis oleh Tunku Azizah.

Sejak petang tadi, pautan ke akaun Instagram berkenaan tidak dapat dibuka.

Punca Permaisuri Agong Tutup Akaun Instagram Tersebar

Perkembangan ini hadir selepas laporan Asia Sentinel yang mendakwa bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperoleh lebih 2,000 dos vaksin Sinopharm Covid-19 dari Putera Emiriah Arab Bersatu (UAE) bernama "Mohamed Nayan" untuk rakan dan keluarganya.

Vaksin ini belum diluluskan oleh Badan Pengawas Farmaseutikal Nasional untuk digunakan di Malaysia.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan menyifatkan dakwaan itu tidak berasas, serta  menuduh Asia Sentinel cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap Malaysia. - mk





BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan