Acryl berkata, satu laporan polis sudah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi menyiasat asal usul video berkenaan yang mula tular di laman sosial sejak semalam.
Siasatan akan menjurus kepada penerbit dan pelakon-pelakon yang terlibat di dalam video ini, dan mereka akan dikesan dan dipanggil untuk memberikan keterangan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka.”
Promosi Iklan Judi Raya, Polis Siasat Penerbit Dan Pelakon
Acryl berkata, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan dihubungi bagi membantu siasatan.
“Orang ramai diingatkan supaya tidak berkongsi atau menyebarkan video ini menerusi media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam,” tambahnya.
Semalam, tular video berdurasi dua minit yang dikatakan mempromosikan perjudian atas talian.
Hari ini, beberapa pemimpin politik dan badan bukan kerajaan mendesak SKMM dan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penyebaran video berkenaan. - fmt
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
Hello I am so delighted I located your blog, I really located you by mistake, while I was watching on google for something else, Anyways I am here now and could just like to say thank for a tremendous post and a all round entertaining website. Please do keep up the great work. slot online
ReplyDelete