Ini susulan tunjuk perasaan aman oleh kira-kira 350 orang yang diadakan malam tadi terhadap lanjutan PKPD di kampung itu sehingga 12 Mei ini.
PKPD di kampung tersebut pada asalnya dijadualkan tamat hari ini.
“Keputusan sampel ujian itu diketahui awal hari ini dan semuanya negatif. Oleh itu, tiada keperluan untuk melanjutkan PKPD,” kata beliau kepada FMT.
Beliau berkata, 23 kes positif direkodkan hasil saringan ke atas 847 orang di kampung itu.
PKPD Kampung Baru Pasir Putih, Tawau Tamat Ekoran Penduduk Protes
“Sejajar dengan itu dan berdasarkan penilaian risiko terbaru oleh pihak berkuasa kesihatan, kerajaan negeri bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Baru Pasir Putih hari ini, seperti yang dijadualkan pada awalnya oleh kerajaan persekutuan.”
Tetapi, kata beliau, kerajaan negeri pada masa sama mengarahkan pusat kawalan operasi bencana Tawau terus memantau situasi di lokaliti itu.
Semalam, Ketua Polis Daerah Tawau Peter Umbuas dilaporkan berkata, penduduk kampung yang menyertai tunjuk perasaan aman itu mahu PKPD ditamatkan lebih awal atau syaratnya dilonggarkan. - fmt
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..