Thursday, 22 April 2021

PH Sarawak Kini Sokong Anwar Sebagai PM

PH Sarawak Kini Sokong Anwar Sebagai PM | Penganalisis politik berkata, Pakatan Harapan (PH) Sarawak, khasnya DAP, tiada pilihan kecuali menyuarakan sokongan untuk Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri untuk pilihan raya umum ke-15.

Penganalisis sosiopolitik dari Universiti Malaya, Awang Azman Awang Pawi berkata, keputusan itu tidak semestinya dapat membantu mereka mendapat lebih banyak undi, tetapi dapat meyakinkan orang ramai bahawa mereka tiada masalah dengan kepimpinan di peringkat nasional.

“Sukar untuk PH mendapat sokongan kuat di Sarawak kerana mereka gagal memenuhi manifesto PRU14 mereka, khasnya selepas janji untuk meningkatkan bayaran royalti minyak kepada 20%.

“Selain itu, rakyat ‘tidak selesa’ dengan seorang pemimpin DAP yang berkata Sarawak akan bankrap dalam tiga tahun,” katanya kepada FMT yang jelas merujuk kepada bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng.

Awang Azman mengulas kenyataan Setiausaha PH Sarawak dan senator DAP, Alan Ling bahawa PH negeri itu akan menyokong Anwar serta berharap pengundi akan memberi gabungan itu satu lagi peluang pada PRU15.

PH Sarawak Kini Sokong Anwar Sebagai PM 

Bagaimanapun, tahun lalu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dilaporkan berkata, mereka akan menyokong ketua menteri Sabah ketika itu, Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri, walaupun Anwar ialah pilihan Majlis Presiden PH.

Awang Azman berkata, keputusan itu menyebabkan “hubungan dingin” antara DAP dan PKR di Sarawak.

“DAP sekarang mengisytiharkan sokongan kepada Anwar, ketika PKR semakin kuat di Semenanjung, jadi mereka mahu menunjukkan PH bersatu di peringkat negeri dan nasional.”

Seorang lagi penganalisis, Azmi Hassan turut bersetuju bahawa PH Sarawak tiada pilihan lain, kecuali memberi sokongan kepada Anwar selepas Warisan dan sekutunya kalah dalam pilihan raya negeri di Sabah tahun lalu.

“Untuk Sabah dan Sarawak, sudah tentu Shafie ialah pilihan lebih baik, tetapi beliau mempunyai pengaruh terhad di Semenanjung.

“Tambahan, beliau sudah kalah di Sabah – yang mungkin antara alasan PH Sarawak memutuskan untuk menyokong Anwar sekarang.”

Azmi berkata, Anwar kekal sebagai pemimpin paling berkebolehan dalam PH untuk jawatan perdana menteri kerana DAP tidak mungkin mencalonkan individu bukan Melayu bagi jawatan itu.

PH Sarawak Kini Sokong Anwar Sebagai PM 

“Jadi, penting untuk semua parti dalam PH mempunyai kata sepakat mengenai calon mereka pada PRU15.

“PH Sarawak kini menyokong Anwar sepenuhnya walaupun mereka memilih Shafie sebelum ini.” - fmt





BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan