Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican, menjelaskan usul diluluskan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) pada Ahad lalu juga tidak menyatakan supaya menteri meletak jawatan sebagai anggota Kabinet kerajaan PN serta-merta.
Beliau memberi sebagai contoh Menteri Luar Hishamuddin Hussein dengan jalinan hubungan dengan negara luar selain Menteri Sains dan Inovasi Khairy Jamaluddin serta Menteri Kesihatan Adham Baba yang memainkan peranan penting dalam program imunisasi dan menangani wabak Covid-19.
Menteri Umno Tidak Akan Letak Jawatan.. Ini Sebabnya
Malah, katanya beliau sendiri juga terpaksa meneliti masalah isu sukan dan pengangguran dalam kalangan golongan belia.
“Semua tugas dan tanggungjawab kami masih tiada kesudahan dan perlu dilaksanakan serta diutamakan.
“Akhirnya kalau kami abaikan tugas dan tanggungjawab diberikan ia akan memburukkan nama parti Umno,” katanya pada sidang media di Putrajaya di sini hari ini.
Mengulas lanjut Reezal berkata tindakan meletak jawatan akan menampakkan bahawa menteri Umno tidak bertanggungjawab.
“Oleh itu tindakan kami tidak meletakkan jawatan serta-merta adalah untuk pastikan tanggapan baik rakyat kepada parti Umno. Jadi tidak timbul soal perlu atau tidak kami letak jawatan sekarang,” katanya.
Justeru, Reezal Merican berkata beliau bersyukur kerana Muhyiddin memahami perkara itu.
Menteri Umno Tidak Akan Letak Jawatan.. Ini Sebabnya
Sementara itu, Khairy Jamaluddin dalam sidang media berasingan menegaskan akan terus memberi fokus kepada tugasnya dalam kerajaan selagi Umno belum membuat apa-apa keputusan berhubung peletakan jawatan menteri daripada parti berkenaan.
Ahli Parlimen Rembau itu, berkata kesemua pemimpin Umno masih terikat dengan pendirian dan keputusan parti itu.
“Selagi parti tidak buat apa-apa keputusan kita fokus tugas kepada kerajaan.
“Sebab itu kita harap Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno membuat keputusan bijak dan waras,” katanya. - fmt
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..