Khairuddin, 59, selaku plaintif ketika membacakan penyataan saksinya berkata, penahanan oleh bekas Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar serta tujuh individu lain adalah semata-mata untuk menghalangnya pergi ke Paris, Switzerland, United Kingdom, Hong Kong dan Singapura bagi membantu pihak berkuasa di negara berkenaan melengkapkan siasatan dan perbicaraan.
Beliau berkata demikian pada hari kedua perbicaraan kes samannya terhadap Khalid dan tujuh individu lagi berhubung penahanan dan pendakwaannya di bawah Sosma.
Khairuddin Abu Hassan Dedah Tujuan Penahanannya Dibawah SOSMA
Tujuh individu itu ialah Wan Aeidil Wan Abdullah dan C Muniandy, kedua-duanya pegawai penyiasat di Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi Habibi Majinji, Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud, Peguam Kanan Persekutuan Awang Armadajaya Awang Mahmud, bekas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali dan Kerajaan Malaysia.
Bekas Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata laporan polis yang dibuat pada 12 Dis 2014 berasas dan terbukti apabila pihak berkuasa serata dunia telah menggerakkan agensi untuk menyiasat dan menghalang daripada aset-aset negara Malaysia terus disedut keluar secara salah atau haram.
“Namun, apabila pihak-pihak berkuasa di Malaysia menjalankan siasatan, mereka telah disenyapkan oleh pentadbiran Najib Razak dengan penukaran atau pemberhentian ketua-ketua yang terlibat.
“Sebagai contoh Abdul Gani Patail (bekas Peguam Negara), yang telah membantutkan siasatan isu 1MDB.
“Selanjutnya, siasatan berhubung isu-isu 1MDB telah digantikan dengan orang kepercayaan Najib Razak atas pengaruh tidak wajarnya, sebagai contoh Mohamed Apandi yang antara lain membebaskan nama Najib daripada sebarang pertuduhan berhubung 1MDB.
Khairuddin Abu Hassan Dedah Tujuan Penahanannya Dibawah SOSMA
“Walhal, Najib Razak kini telah disabitkan bersalah di mahkamah berhubung isu SRC International Sdn Bhd, yang berkaitan dengan isu 1MDB,” katanya.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Quay Chew Soon bersambung esok. - fmt
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..