Sunday, 4 April 2021

'Kartel Polis' Disebalik Kehilangan Pastor Raymond Koh Dan Amri Che Mat?

'Kartel Polis' Disebalik Kehilangan Pastor Raymond Koh Dan Amri Che Mat? | Pendedahan baru-baru ini bahawa wujud kartel dalam polis yang menguasai pasukan berkenaan mendorong sebuah kumpulan hak asasi manusia mempertikai sama ada ia turut berkait dengan kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.

Rakyat Bantah Penghilangan Paksa (CAGED) berkata, walaupun siasatan peringkat tertinggi dilaksanakan dua tahun lalu membuat kesimpulan bahawa kemungkinan besar mereka diculik polis, laporan itu belum didedahkan kepada umum.

Pasukan petugas yang turut dianggotai seorang pesara hakim dan anggota polis ditubuhkan menteri dalam negeri pada 2019 untuk menyiasat penemuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa Amri dan Koh adalah mangsa kehilangan paksa.

Suhakam mendakwa Cawangan Khas Bukit Aman terlibat dalam kehilangan dua individu tersebut, selepas siasatan 18 bulan yang bermula pada 2017. Keluarga mangsa telah memfailkan saman terhadap kerajaan.

'Kartel Polis' Disebalik Kehilangan Pastor Raymond Koh Dan Amri Che Mat?

Dalam kenyataan hari ini, CAGED berkata, laporan pasukan petugas itu patut didedahkan, memandangkan terdapat dakwaan kini bahawa wujudnya “kartel polis”.

Katanya, dakwaan seperti itu mencemar imej polis, justeru mendedahkan laporan itu kepada umum mampu mengembalikan kewibawaan pasukan berkenaan.

Menurut kumpulan itu, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Jemaah Menteri patut mendedahkan laporan pasukan petugas berkenaan atas dasar ketelusan.

“Kami menyoal sama ada kartel itu bertanggungjawab dalam kes kehilangan paksa. Masyarakat umum mesti diberikan alasan substantif untuk mempercayai bahawa Cawangan Khas tidak turut melakukan perkara seperti itu kepada orang lain.

“Pandangan negatif awam seperti itu akan berterusan sekiranya tiada tindakan diambil terhadap anggota yang bersalah,” katanya.

Kumpulan itu berkata, terlalu banyak perkara berkaitan Amri dan Koh diselubungi rahsia, malah gelaran rujukan untuk pasukan petugas itu juga tidak diketahui.

“Dalam kes Koh, seseorang telah didakwa atas penculikannya, namun dengan misteri, pihak pendakwaan menarik balik kes itu,” katanya.

'Kartel Polis' Disebalik Kehilangan Pastor Raymond Koh Dan Amri Che Mat?

Seorang pemandu e-panggilan Lam Chang Nam dibebaskan daripada tuduhan menculik Koh pada awal Februari selepas pihak pendakwaan menarik balik kes terhadapnya.

FMT telah menghubungi menteri dalam negeri dan ketua polis negara untuk mengulas perkara ini. - fmt





BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan