Tuesday, 6 April 2021

Hakim Bidas Peguam Bela Najib

Hakim Bidas Peguam Bela Najib | Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Karim Jalil telah menegur peguam Muhammad Shafee Abdullah dan memintanya menggunakan “kata-kata yang sopan” ketika mengkritik hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang mendapati Najib Razak bersalah atas tujuh tuduhan rasuah dalam kes SCR International.

Abdul Karim, yang mengetuai panel tiga hakim, berkata Shafee boleh menggunakan ungkapan seperti “terkhilaf dari segi undang-undang dan “salah arah ” untuk menunjukkan kelemahan dalam penilaian Nazlan.

“Tolong gunakan kata-kata yang sopan untuk menunjukkan di mana kesalahan beliau. Tidak perlu menggunakan ungkapan-ungkapan seperti ‘tak layak’ dan ‘penilaiannya terjejas’,” kata Karim, yang duduk bersama Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera.

Pada permulaan rayuan Najib terhadap sabitan dan hukumannya semalam, Shafee telah mengemukakan bahawa Nazlan, yang memerintahkan Najib untuk membela diri atas semua tuduhan pada 11 Nov 2019 dalam alasan lisannya, menyatakan bahawa pihak pendakwaan telah mewujudkan kes prima facie.

Hakim Bidas Peguam Bela Najib

Namun, dalam penghakiman bertulisnya setelah mendapati Najib bersalah, hakim telah memasukkan alasan tambahan mengapa anak guamnya diminta untuk membela diri, katanya.

“Ini sangat tidak wajar dan memudaratkan tertuduh,” katanya, sambil menambahkan ia adalah salah arah yang serius oleh Nazlan.

Pagi ini, Shafee berkata alasan tambahan Nazlan tidak sah dan menunjukkan bahawa hakim itu “jelas berat sebelah”.

“Mungkinkah kita boleh kata bahawa beliau tidak layak?” tanya Shafee.

Peguam itu menegaskan bekas perdana menteri itu tidak mendapat perbicaraan yang adil, dan tindakan memasukkan poin baru dalam alasan penghakiman dan rekod rayuan, Nazlan telah “menjejaskan penghakimannya”.

Hakim Bidas Peguam Bela Najib

Beliau berkata tindakan hakim juga merupakan pelanggaran keadilan semula jadi kerana pihak pembelaan tidak dapat membina pembelaan sepenuhnya.

Pada 28 Julai tahun lalu, Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun kepada Najib dan memerintahkannya membayar denda RM210 juta setelah mendapati dia bersalah atas tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Perbicaraan masih diteruskan. - fmt





BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan