Saturday, 3 April 2021

Contoh SOP Double Standard Kerajaan PN

Contoh SOP Double Standard Kerajaan PN | Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan apakah tindakan akan diambil terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana tidak memakai pelitup dalam satu majlis di sebuah hotel di Johor, kelmarin.

Lim membandingkan apa yang berlaku dengan kes seorang “rakyat biasa” di Kerian, Perak yang dikompaun RM10,000 kerana tidak memakai pelitup muka dengan betul.

"Kementerian Kesihatan tidak memberi sebarang maklum balas terhadap kompaun melampau RM10,000 yang berlaku dalam masyarakat luar bandar ini.

“Adakah tindakan dan kompaun serupa akan dikenakan terhadap Muhyiddin kerana gagal memakai pelitup muka?” katanya sambil menyifatkan perkara itu sebagai “antara dua darjat”.

Contoh SOP Double Standard Kerajaan PN

Lim merujuk kepada beberapa gambar disiarkan media menunjukkan Muhyiddin tiba di Hotel Zenith di Johor pada 31 Mac untuk mempengerusikan mesyuarat Bersatu Johor dan Perikatan Nasional Johor.

Dalam foto tersebut, Muhyiddin dilihat satu-satunya individu yang tidak memakai pelitup muka ketika melalui hotel berkenaan.

Malaysiakini telah menghubungi pejabat perdana menteri untuk mendapatkan komen dan sedang menunggu jawapan.

Pemakaian pelitup muka di tempat awam diwajibkan sejak 1 Ogos tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan berkata individu yang ingkar boleh dikenakan denda RM1,500 dengan jumlah maksimum RM10,000.

Muhyiddin menerima dos kedua vaksin Covid-19 Pfizer dan BioNTech pada 17 Mac, setelah dos pertama diterimanya tiga minggu sebelum itu.

Contoh SOP Double Standard Kerajaan PN

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini memberitahu individu yang telah menerima vaksin perlu tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Mengulas lanjut, Lim berkata selain permohonan maaf Muhyiddin juga perlu didenda kerana gagal memimpin dengan teladan.

"Tidak ada keraguan lagi bahawa di antara salah satu sebab kegagalan pengurusan krisis kesihatan awam Covid-19, yang menyebabkan lonjakan jangkitan yang tidak terkawal dan tidak terhalang semasa gelombang kedua akhir tahun lalu, adalah amalan dua darjat dalam penguatkuasaan antara rakyat biasa dan VIP, terutamanya menteri,” kata Lim.

Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini turut membangkitkan isu sama, termasuk menegaskan penerima vaksin tetap perlu mematui SOP. - mk




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan