Wednesday, 7 April 2021

Bukti Vaksin AstraZeneca Dengan Kaitan Pembekuan Darah?

Bukti Vaksin AstraZeneca Dengan Kaitan Pembekuan Darah? | Seorang pegawai tertinggi di Agensi Perubatan Eropah (EMA) berkata, ada kaitan antara vaksin AstraZeneca dan pembekuan darah.

“Pada pendapat saya, kami boleh katakan sekarang jelas ada kaitan dengan vaksin. Tetapi, kami masih tidak tahu apa punca kepada reaksi ini,” kata Ketua Vaksin EMA, Marco Cavaleri kepada akhbar Itali, Il Messaggero.

Persoalan berterusan sama ada pembekuan darah jarang berlaku tetapi serius dalam kalangan penerima vaksin AstraZeneca menjejaskan keyakinan terhadap vaksin itu.

Selepas beberapa negara menggantung penggunaan vaksin itu – termasuk Itali – EMA mengisytiharkan manfaatnya melebihi risiko dan ia perlu kekal digunakan.

Tetapi, katanya, kaitan sebab akibat antara pembekuan darah dan vaksin berkemungkinan, dan dijangka penilaian terkini akan disediakan dalam minggu ini.

Bukti Vaksin AstraZeneca Dengan Kaitan Pembekuan Darah?

“Kami cuba mendapatkan gambaran tepat apa yang berlaku, untuk menentukan secara terperinci sindrom disebabkan vaksin itu,” kata Cavaleri.

“Antara mereka yang divaksin, lebih banyak kes trombosis serebral…antara orang muda daripada yang kami jangkakan.” - fmt





BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan