Thursday, 29 April 2021

3 Peniaga Dikompaun RM50,000.00 Ditawarkan Diskaun

3 Peniaga Dikompaun RM50,000.00 Ditawarkan Diskaun | Pemilik gerai burger, kedai runcit dan gerai colek yang tular sebelum ini kerana menerima kompaun sebanyak RM50,000 masing-masing, boleh menarik nafas lega apabila nilai kompaun itu dipertimbangkan untuk dikurangkan.

Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat berkata keputusan itu dicapai hasil perbincangan di antara pihaknya bersama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), semalam.

Beliau berkata hasil perbincangan itu, polis Kelantan akan mengambil tindakan mengikut garis panduan penetapan nilai tawaran kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan peraturan di bawahnya.

Katanya, JKNK di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) pula mempunyai bidang kuasa untuk menawarkan kadar pengurangan kompaun sebagaimana garis panduan tersebut.

Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat.

“Merujuk kepada kompaun 26 April 2021, kes tular di media sosial, iaitu pemilik gerai burger, kedai runcit dan gerai colek, KKM di Kelantan memaklumkan kesemua pemilik premis ini akan dipertimbangkan kadar kompaun seperti dalam garis panduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

3 Peniaga Dikompaun RM50,000.00 Ditawarkan Diskaun

Menurutnya untuk kes lain yang dikenakan kompaun bagi individu dan premis sebelum ini, mereka dinasihatkan supaya membuat rayuan kepada JKNK untuk mendapatkan kadar pengurangan kompaun mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Shafien turut mengingatkan orang ramai di Kelantan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk bersama-sama menghentikan rantaian penularan wabak Covid-19.

Sementara itu, peniaga gerai colek di Kampung Chekok Tengah, Mohd Azizi Mohd Nor, 42, ketika dihubungi berkata, beliau hanya mampu membayar RM1,000.

“Setakat ini, apa yang bermain di fikiran saya hanyalah ‘masuk jel’ walaupun kesalahan saya bukannya kategori jenayah,” katanya yang belum kembali berniaga selepas isu kompaun itu tular beberapa hari lepas. - fmt




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan