Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mengesahkan Faiz telah berjumpa dengan presiden parti, Mohamad Sabu dan timbalan presiden, Salahuddin Ayub, setelah kesnya mula disiasat polis.
Kes itu masih dalam siasatan polis, kata Khalid, dan pihaknya menyerahkan kepada mereka untuk menyiasatnya.
Kes Cabul : YB Faiz Fadhil Jumpa Kepimpinan Tertinggi Parti
Semalam, Faiz menafikan dakwaan beliau mencabul kehormatan seorang pembantu kedai, dan menimbang tindakan undang-undang untuk membersihkan namanya.
Beliau memberi kenyataan mengenai dakwaan itu kepada polis pada 18 Mac, dan akan terus memberikan kerjasama penuh dalam siasatan itu.
Faiz, anak kepada bekas presiden PAS, Fadzil Noor, yang juga seorang peguam, adalah wakil rakyat penggal pertama selepas memenangi kerusi Permatang Pasir pada PRU14.
Terdahulu, seorang pembantu kedai membuat laporan polis mendakwa seorang ADUN Pulau Pinang meraba dan memeluknya semasa mereka dalam perjalanan ke restoran di Lembah Klang bagi berbincang hal politik semasa, dua minggu lalu.
Kes Cabul : YB Faiz Fadhil Jumpa Kepimpinan Tertinggi Parti
Ketua Polis Subang Jaya Khalid Othman mengesahkan laporan itu dan berkata, kes dikelaskan bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, iaitu menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan. - fmt
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..