Tuesday, 2 March 2021

Vaksin AstraZeneca Dan Sinovac Dapat Kelulusan

Vaksin AstraZeneca Dan Sinovac Dapat Kelulusan | Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) hari ini memberikan kelulusan bagi pendaftaran bersyarat untuk vaksin Covid-19 yang dikembangkan oleh firma Britain AstraZeneca dan firma China Sinovac.

"Pendaftaran secara bersyarat ini memerlukan syarikat pemegang pendaftaran untuk mengemukakan analisis data-data tambahan dan terkini secara rolling submission untuk dinilai oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

"Ia bagi memastikan keberkesanan dan keselamatan vaksin sentiasa dikemaskini dan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) vaksin ini kekal positif," kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini.

Kelulusan ini bermakna Malaysia kini mempunyai tiga vaksin untuk menangani wabak tersebut.

Vaksin satu lagi ialah Pfizer-BioNTech yang telah dilancarkan untuk memvaksinasi petugas barisan depan di seluruh negara mulai 26 Februari lalu.

Vaksin AstraZeneca Dan Sinovac Dapat Kelulusan

Noor Hisham berkata lagi, pada masa ini NPRA masih menilai vaksin Gam-COVID-Vac atau Sputnik V yang dihasilkan oleh Pusat Kajian Epidomiologi dan Mikrobiologi Kebangsaan Gamaleya di Russia.

“KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak Covid-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD,” katanya.

Ketiga-tiga vaksin tersebut memberi tindak balas secara berbeza, tetapi percubaan untuk setiap vaksin menunjukkan bahawa ia sangat berkesan dalam mencegah kematian dan jangkitan yang teruk disebabkan Covid-19, manakala kesan sampingannya pula ringan dan mengambil masa beberapa hari untuk pulih.

Kelebihan CoronaVac dan ChAdOx1-S adalah ia boleh disimpan pada suhu penyejukan biasa, berbanding Comirnaty yang perlu disimpan pada suhu yang amat rendah.

Vaksin AstraZeneca Dan Sinovac Dapat Kelulusan

Bagi memastikan rakyat yakin semua vaksin yang diluluskan NPRA selamat dan berkesan, Menteri Penyelaras Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin sebelum ini berkata dia akan mengambil vaksin lain yang akan diluluskan agensi itu, bukannya Pfizer.

Secara keseluruhan, Malaysia telah memesan vaksin yang cukup untuk diberi kepada 109.65 peratus daripada populasinya yang berjumlah 32 juta. Bagaimanapun hanya orang dewasa akan diberi vaksin Covid-19 sementara menunggu data keselamatan tambahan untuk diberi kepada kanak-kanak.

Malaysia menyasarkan untuk memberi vaksin kepada sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk menjelang Februari tahun depan. - mk



BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo





No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan