“Kita akan berbincang dengan kepemimpinan PAS dan Menteri Besar (Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) untuk membenarkan kita (Bersatu) letak calon.
“Kita akan berbincang di mana kerusi Umno, di situ kita akan lawan,” katanya, petik Utusan Online hari ini.
Razali juga dipetik Utusan Online berkata Bersatu menerima dengan hati terbuka keputusan Umno untuk menamatkan kerjasama dua parti itu sebaik PRU15 bermula.
Umno Dan Bersatu Terengganu Bakal Berpecah Teruk
"Tidak ada masalah kerana sebagai ahli politik, pilihan raya adalah kerja kita,” jelasnya.
Keputusan Umno Terengganu itu menyusuli tindakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengutuskan surat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada hujung Feb bagi memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) untuk tidak lagi bekerjasama pada PRU akan datang.
Bagaimanapun, Umno Perlis dan Sabah baru-baru ini menyatakan pendirian yang bertentangan, iaitu untuk meneruskan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).
Umno Dan Bersatu Terengganu Bakal Berpecah Teruk
Bekas Setiausaha Agung BN Annuar Musa pula membayangkan lebih banyak lagi Umno peringkat bahagian dan negeri yang akan mengambil pendirian itu. - mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..