Friday, 12 March 2021

Umno Ada Pelan B Jika Zahid Hamidi Disabitkan Bersalah

Umno Ada Pelan B Jika Zahid Hamidi Disabitkan Bersalah | Penganalisis politik berkata, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi kekal tidak bersalah selagi tidak disabitkan bersalah oleh mahkamah.

Bagaimanapun mereka menggesa parti Melayu itu menyediakan “rancangan alternative” sekiranya pemimpin itu diputuskan bersalah dalam kes yang sedang berjalan di mahkamah.

Pemimpin Umno juga dinasihati supaya memaklumkan kepada ahli akar umbi sekiranya berlaku sebarang perubahan kepimpinan bagi mengelakkan kejutan pada saat akhir.

Syed Arabi Idid dari Universiti Islam Antarabangsa berkata, sehingga kini masih belum diketahui sama ada Zahid akan disabitkan bersalah atas 47 dakwaan berkaitan penggubahan wang haram dan pecah amanah membabitkan dana dari Yayasan Akalbudi, serta dakwaan menerima rasuah menerusi pelbagai projek ketika memegang jawatan sebagai menteri dalam negeri.

Umno Ada Pelan B Jika Zahid Hamidi Disabitkan Bersalah

“Kalau beliau bersalah, Tok Mat (Mohamad Hasan boleh menjadi pemangku presiden,” beliau memberitahu FMT selain menjelaskan bahawa terdapat peruntukan dalam perlembagaan parti itu yang menyebut berhubung jawatan dan peranan pemangku presiden.

Mohamad atau Tok Mat merupakan timbalan presiden Umno.

Beliau berkata, walaupun Tok Mat tidak mempunyai pengalaman di peringkat (kerajaan) pusat, Umno tidak seharusnya menafikan jawatan tersebut kepada beliau.

Mengambil contoh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, yang tidak mempunyai pengalaman politik, namun pretasi dan kemampuannya membanggakan rakyat negara itu.

Terdahulu, FMT melaporkan bahawa MIC dan MCA mempertaruhkan Mohamad untuk memimpin Umno sebagai “pelan B” sekiranya Zahid disabitkan bersalah.

Penganalisis politik Kenneth Cheng berkata, Tok Mat dilihat sebagai pemimpin Melayu yang sederhana tanpa kecenderungan ke arah agenda sayap kanan orang Melayu.

Umno Ada Pelan B Jika Zahid Hamidi Disabitkan Bersalah

“Nama beliau tidak tercemar dengan mana-mana pentadbiran dan tidak mempunyai beban politik,“ jelas beliau kepada FMT.

Cheng berkata, pembangunan di Negeri Sembilan terbukti ketika Mohamad menjawat jawatan menteri besar.

“Ekonomi negeri itu dilaporkan berkembang dengan peningkatan sebanyak 5.2% dan 6.2% pada 2011 dan 2012.

“Tiada hal negatif yang diperkatakan mengenai beliau. Dalam erti kata lain, perjalanan politiknya lancar,” tambah Cheng.

Penganalisis Azmi Hassan pula berkata bukan hanya MIC dan MCA, rata-rata ahli Umno juga menyokong Tok Mat sebagai presiden parti sebagai pelan alternatif.

Beliau menggesa kepimpinan tertinggi parti supaya memaklumkan kepada akar umbi tentang sebarang perubahan bagi mengelak kejutan seandainya perkara sebegini dirahsiakan.

Umno Ada Pelan B Jika Zahid Hamidi Disabitkan Bersalah

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, masa depan politik Zahid bergantung pada hubungan dekatnya dengan bekas perdana menteri, Najib Razak.

“Selagi mereka bersama tanpa sebarang konflik antara keduanya, kedudukan Zahid kukuh,” tambah beliau. - fmt



BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..



                                                                                Iklan
banner-4-peluang-jana-pendapatan-pasif-buat-passive-income-bagaimana-menjana-income-pasif-secara-selamat-bersama-b4u-trades
panduan-lengkap-rahsia-bagaimana-jana-income-yang-lumayan-dari-rumah-guna-handphone-je-dengan-jadi-penjual-ebook 
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan