“Saya akan mengarahkan Majlis Agama Islam Johor mengambil apa-apa tindakan yang perlu dan wajar bagi menyokong usaha rayuan ini,” kata Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam kenyataan.
Menurut hakim, tujuan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan hanya untuk memeriksa penerbitan yang tidak diingini, bukan undang-undang umum untuk memeriksa ketenteraman awam, kesihatan awam, dan moral.
Sultan Johor Mahu Putrajaya Rayu Kes Kalimah Allah
Sultan Ibrahim bagaimanapun berpandangan apabila timbul isu penggunaan kalimah “Allah” untuk digunakan pada sesuatu yang lain daripada maksud sebenar, “ini boleh menimbulkan perbalahan dan persepsi yang kurang elok terhadap keharmonian Bangsa Johor yang hidup bermuafakat dalam satu negeri”.
“Adalah perlu sensitiviti umat Islam dan kesepakatan hidup berbilang kaum dan agama ini diambil kira,” katanya.
“Isu-isu sensitif ini sangat dekat di hati saya selaku ketua agama Islam di Johor, khususnya apabila isu tersebut berkait rapat dalam ruang sempadan agama ‘Islam’.”
Sultan Ibrahim juga berkata Johor mempunyai enakmen yang melarang penggunaan kalimah yang dikhususnya “secara eksklusif” untuk umat Islam.
Sultan Johor Mahu Putrajaya Rayu Kes Kalimah Allah
“(Kalimah eksklusif) tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kecuali dalam keadaan yang dibenarkan oleh perundangan,” katanya. - fmt
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..