Petisyen yang didaftarkan di change.org oleh Raja Nurul Huda Raja Halimul Rashid itu menggesa pejabat pendidikan daerah Petaling Perdana mengambil tindakan segera, walaupun empat murid itu bukannya dijangkiti di sekolah.
Walaupun terdapat kes aktif dilaporkan, sekolah berkenaan hanya menutup tiga kelas dan mengarahkan murid terjejas serta 17 guru menjalani kuarantin rumah. Kelas sesi petang bermula 1 Mac lalu, manakala sesi pagi untuk murid Tahun 4 hingga 6 bermula Isnin.
Kunjungan FMT ke SK Subang Jaya hari ini mendapati sekolah beroperasi seperti biasa dengan murid mematuhi SOP ketat, termasuk memakai pelitup muka.
SK Subang Jaya Didesak Tutup Ekoran 4 Murid Positif Covid 19
Bercakap kepada FMT, ibu bapa menyokong petisyen itu dengan ada yang menggesa keseluruhan sekolah itu ditutup segera, termasuk sesi pagi.
Ayu Hayati berkata, beliau sudah menandatangani petisyen itu, yang diketahuinya melalui seorang ibu bapa murid.
Katanya, risiko penularan virus lebih tinggi di sekolah kerana terdapat sesi pagi dan petang.
“Kanak-kanak berkongsi bilik darjah. Ia bukan keputusan bijak untuk tidak menutup sekolah.”
Seorang lagi ibu, Nurul Fazurina berkata, ramai ibu bapa membuat keputusan tidak menghantar anak mereka ke sekolah buat masa ini dan akan bergantung kepada pembelajaran dalam talian.
SK Subang Jaya Didesak Tutup Ekoran 4 Murid Positif Covid 19
Sementara itu, Mohd Hasbullah yang tidak menyedari petisyen, berkata beliau akan menyokongnya.
Beliau turut mempersoalkan alasan pihak sekolah tidak menutup keseluruhan sekolah buat sementara.
FMT sudah menghubungi pejabat pendidikan daerah Petaling Perdana untuk mendapatkan komen. - fmt
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..